Video Ramli MS Komen Elly Mazlein

Jom kita layan Video Ramli MS Komen Elly Mazlein yang dikatakan inilah punca kepada tersingkirnya Elly Mazlein atau dia menarik diri dari Gegar Vaganza 3. Komen yang agak pedas daripada Dato’ Ramli MS. Seperti mana yang kita semua ketahui bahawa sememangnya Dato’ Ramli MS sering memberikan komen-komen pedas kepada sesiapa sahaja peserta pertandingan yang beliau diundang menjadi juri.

Jadi admin kongsikan saat-saat Dato’ Ramli MS memberi komen dalam video di bawah ini.

Sharifah Aida Mazlina binti Syed Hanafi atau lebih dikenali sebagai Elly Mazlein merupakan seorang penyanyi dan pelakon yang berasal dari Malaysia . Beliau dilahirkan di Slim River, Perak pada 17 Disember 1980 dan zodiaknya ialah Sagittarius. Beliau mengikat kontrak rakaman bersama NAR Records pada tahun 1997 dan telah melahirkan 4 buah album solo sepanjang 5 tahun kontrak berjalan. Ketika bergelar penyanyi beliau sering dibandingkan dengan penyanyi remaja seangkatan seperti Siti Nurhaliza dan Liza Hanim. Biarpun begitu pada tahun 2001 beliau mencipta rekod tersendiri apabila album ketiganya yang berjudul Elly berjaya menjadi antara 10 buah album Malaysia terlaris pada tahun tersebut dengan jualan melebihi 60,000 unit. Kejayaan itu mengulangi kejayaan album terdahulu yang berjudul Satu Persatu yang juga terjual mencecah 50,000 unit. Elly berjaya mempopularkan lagu-lagu seperti Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan, Janji Kekasih dan Bungaku Bakawali yang ketika itu merajai carta radio tanah air. Pun begitu, karier nyanyiannya terhenti seketika pada tahun 2005 kerana faktor pasaran dan kontrak rakaman.

Elly yang mulanya dikenali sebagai penyanyi namun kini lebih dikenali sebagai pelakon setelah disunting oleh pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam untuk membintangi drama bersiri Gerak Khas. Sejak itu, Elly lebih dikenali sebagai pelakon, dan menempa nama sebagai antara pelakon TV wanita paling laris di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *