Wan Azizah Bimbang Tagline BN

Wan Azizah Bimbang Tagline BN. Kehangatan kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh semakin dirasai. Dengan parti-parti terlibat mula mengerakkan jentera kempen masing-masing dalam usaha memancing pengundi.

Nampaknya kali ini BN menggunakan tagline dalam kempen mereka di Permatang Pauh. Setelah sekian lama gagal menawan kembali kawasan itu adalah tagline ini mampu menggugat kekuatan lawan?

cukuplah kami pulak

cukuplah…kami pulak

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR),  Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan kebimbangannya terhadap strategi kempen Barisan Nasional (BN) di Permatang Pauh terutama yang menggunakan tagline tertentu. Misalnya tagline “cukuplah…kami pulak” yang tertera pada poster dan kain rentang pihak lawan untuk memancing undi.

BN mula menaikkan poster dan banner di beberapa kawasan tertentu dengan pelbagai tagline dan slogan termasuk “cukuplah…kami pulak” yang bermaksud mahu pengundi memberi peluang kepada parti itu mewakili rakyat di Permatang Pauh.

Pada PRK yang akan diadakan pada 7 Mei ini, Dr Wan Azizah berhadapan saingan empat penjuru menentang calon Barisan Nasional (BN), Suhaimi Sabudin, Azman Shah Othman dari Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan seorang calon Bebas, Salleh Isahak.

sumber mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *