Yus Jambu Meninggal Dunia

Takziah admin ucapkan kepada seluruh keluarga Yus Jambu. Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Yus Jambu. Yus Jambu meninggal dunia malam tadi akibat sesak nafas. Mari sama-sama kita mendoakan semoga roh arwah dicucuri rahmat dan dogolongkan dalam golongan orang yang beriman.

Jom kita rujuk laporan BH Online di bawah ini untuk berita selanjutnya.Pelakon dan pelawak, Yus Jambu, 39 atau nama sebenar, Yussry Edoo meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di Hospital Selayang, sebentar tadi. Sahabat rapat kepada pelawak itu, Sherry Al Hadad, berkata Yus atau lebih dikenali dengan gelaran Pak Yus rebah ketika mengadakan persembahan dan terus dikejarkan ke hospital.

Yus Jambu Meninggal Dunia
Yus Jambu Meninggal Dunia

“Saya dimaklumkan oleh Abang Afdlin mengenai perkara itu. Dia meminta supaya kami mendoakan kesihatan Pak Yus. “Tidak lama selepas itu, kami diberitahu Pak Yus sudah tiada lagi. Buat masa ini, hanya itu saja yang dapat yang dapat saya kongsikan.

“Saya dalam perjalanan ke Hospital Selayang untuk menziarahi jenazah arwah,” katanya kepada BH Online. Beberapa rakan artis turut memuat naik status dan gambar di media sosial bagi memaklumkan mengenai berita kematian pelawak itu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *