Home » BERITA » 10 Years Challenge Safiey Illias Kantoi

10 Years Challenge Safiey Illias Kantoi

10 Years Challenge Safiey Illias Kantoi. Media sosial sekarang sedang dilanda demam 10 Years Challenge atau Cabaran 10 Tahun. Ia adalah perkongsian perbezaan seorang individu pada tahun 2009 dan 2019. Netizen tidak kira siapa pun ramai yang sporting dalam cabaran ini. Ia juga mengundang selebriti tempatan untuk turut serta dalam cabaran ini.

10 Years Challenge Safiey Illias Kantoi
10 Years Challenge Safiey Illias Kantoi

Bukan sahaja selebriti, ada juga kalangan VIP dan ahli perniagaan yang menyahut cabaran ini. Ia termasuk lah Safiey Illias dan juga Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Usahawan kosmetik Safiey Illias turut menyahut ‘Cabaran 10 tahun’ daripada warganet dengan memaparkan gambar beliau ketika tahun 2009 dengan wajahnya terkini.

Gambar yang dikongsi Safiey pada tahun 2009 merupakan gambar beliau ketika zaman persekolahanya.

Foto tersebut memaparkan beliau ketika itu berambut pendek dan memakai baju seragam sekolah pelajar lelaki sambil memegang sehelai sijil penghargaan.

“Ramai sangat yang minta. Dilaksanakan! Saya bangga menjadi diri sendiri. Tiada apa nak disembunyikan,” kata Safiey pada hantaran yang dikongsi di Instagram beliau hari ini.

‘Cabaran 10 tahun’ merupakan cabaran yang dilakukan oleh warganet dengan memaparkan gambar mereka 10 tahun lalu dan terkini di media sosial.

Turut menyertai cabaran itu adalah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang berkongsi gambar beliau di Facebook. Azmin pada tahun 2009 kelihatan sedikit berisi berbanding sekarang.

“Gambar 2009 tu ada iras-iras Azwan Ali sikit la YB,” usik Shah Izwan.

“Terjebak juga YB. Kita pun nak ikut la,” kata Latha Puspa.

“Hensem bang Min jauh la berbanding adik dia,” tulis Tok Man Jeans.-UTUSAN ONLINE

Check Also

2 Suspek Bunuh Pemandu Grab Berdepan Hukuman Mati

2 Suspek Bunuh Pemandu Grab Berdepan Hukuman Mati

2 Suspek Bunuh Pemandu Grab Berdepan Hukuman Mati. Dua suspek yang didakwa membunuh seorang pemandu …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.