Home » BERITA » 12 Korban Heli tentera Jatuh Di Indonesia

12 Korban Heli tentera Jatuh Di Indonesia

12 Korban Heli tentera Jatuh Di Indonesia
12 Korban Heli tentera Jatuh Di Indonesia

Ini ada perkhabaran sedih dari negara serumpun kita Indonesia. Dikhabarkan bahawa 12 Korban Heli tentera Jatuh Di Indonesia yang telah berlaku semalam. Admin kongsikan laporan penuh yang dipetik daripada Berita Harian Online Malaysia untuk bacaan semua.

Dua belas maut apabila helikopter tentera terhempas dalam cuaca buruk di tengah Indonesia semalam, siri kemalangan udara terbaru membabitkan pasukan keselamatan negara itu, kata pegawai. Helikopter Bell 412 itu terhempas di Kampung Kasiguncu di daerah Poso, Sulawesi, lokasi militan Islam melancarkan perang gerila terhadap kerajaan.

“Dua belas mayat ditemui dan dikenal pasti,” kata jurucakap tentera, Tatan Sulaiman, menambah pasukan penyelamat masih mencari seorang lagi anggota kru. Helikopter itu, yang membawa tujuh penumpang dan enam kru, terhempas 35 minit sejurus berlepas, dan 10 minit sebelum ia sepatutnya mendarat, kata tentera. Hujan lebat ketika nahas berlaku dan Sulaiman berkata, cuaca buruk dilihat sebagai kemungkinan punca kejadian.

Tentera Indonesia dikejutkan dengan nahas pesawat sejak beberapa tahun ini. Tahun lalu, pesawat kecil Super Tucano terhempas di kawasan berpenduduk padat ketika penerbangan ujian, menyebabkan tiga terbunuh. – AGENSI (BH Online)

Check Also

Lelaki Langgar Syed Danial Didakwa Membunuh

Lelaki Langgar Syed Danial Didakwa Membunuh

Lelaki Langgar Syed Danial Didakwa Membunuh. Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang di sini …

One comment

  1. Takziah buat keluarga mereka..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.