13 Cedera Kemalangan Di Genting Sempa - Berita Viral Terkini
Home » Uncategorized » 13 Cedera Kemalangan Di Genting Sempah Lebuh Raya Karak

13 Cedera Kemalangan Di Genting Sempah Lebuh Raya Karak

Baru je 2 hari lepas ada kemalangan maut di lebuh raya karak melibatkan sebuah kereta. tup tup malam tadi keluar berita berlaku lagi satu kemalangan di lebuh raya karak berhampiran terowong genting sempah.Walaupun bukan melibatkan kehilangan nyawa tapi diberitakan seramai 13 orang yang cedera. Untuk berita penuh sila rujuk di bawah :

Seramai 13 orang cedera dalam pelanggaran membabitkan dua buah bas, sebuah treler dan sebuah kereta di Km31.5, Lebuhraya Karak, Rabu.

Penolong Pengarah Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata pihaknya menerima panggilan pada 3.49 petang dan tiba di tempat kejadian setengah jam kemudian.

Katanya, kemalangan membabitkan empat kenderaan itu dari arah Karak menuju ke ibu negara dipercayai berpunca daripada kegagalan pemandu sebuah bas pelancong mengawal kenderaannya lalu merempuh sebuah bas ekspres dan kereta Toyota Vios yang kemudiannya melanggar treler di hadapannya.

nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;

“Saya percaya kemalangan berpunca disebabkan ada kenderaan yang dipandu laju dan perlahan, namun kami akan menyiasat punca sebenar kemalangan itu,” katanya.

Azizan berkata 13 mangsa yang terdiri daripada 11 penumpang bas dan dua daripada kereta Vios itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang untuk rawatan.

Beliau berkata mangsa berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun.

“Laporan awal mendapati bas pelancong membawa 13 penumpang (dan seorang pemandu), manakala bas ekspres Temerloh-Kuala Lumpur membawa 25 penumpang termasuk pemandu.

“Pemandu dua bas berkenaan hanya cedera ringan manakala pemandu treler tidak cedera,” katanya.

Sementara itu, pemandu treler Aris Embong , 53, berkata ketika kejadian itu dia memandu perlahan dan berada di hadapan kereta Toyota Vios.

“Sebelum kejadian saya nampak sebuah bas bergerak laju sebelum melanggar sebuah bas yang berada di hadapannya…kemudian bas kedua itu melanggar treler yang saya bawa,” katanya.

SUMBER

Check Also

Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020  

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020. Segala kemungkinan sama ada Perintah …

One comment

  1. Saya antara pengguna tegar bas jalan kl-karak untuk balik karak. memang selalunya driver akan bawa laju. memang sentiasa mengucap kalau naik bas huhuhuhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.