Home » BERITA » 24 Penguatkuasa JPJ Pulau Pinang Direman

24 Penguatkuasa JPJ Pulau Pinang Direman

24 Penguatkuasa JPJ Pulau Pinang Direman isu melibatkan lori kebal yang dilaporkan sebelum ini. Mahkamah Majistret Georgetown hari ini, membenarkan permohonan reman selama tujuh hari terhadap 30 individu, termasuk 24 penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang.

24 Penguatkuasa JPJ Pulau Pinang Direman
24 Penguatkuasa JPJ Pulau Pinang Direman

Perintah reman berkuatkuasa sehingga Selasa hadapan itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Kanan, Nur Fadrina Zulkhairi, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Bagaimanapun, tiga wanita daripada 33 suspek yang ditahan semalam, dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Mereka dipercayai berperanan sebagai proksi bagi kes terbabit.

Semalam, semua suspek berusia 31 hingga 54 tahun ditahan di sekitar Pulau Pinang dalam operasi khas SPRM, pada jam 10 pagi hingga 4 petang.

Selain penguat kuasa JPJ, lapan termasuk tiga wanita adalah orang awam, dipercayai menjadi proksi kepada penguatkuasa agensi itu, tonto serta pemilik syarikat.

Difahamkan, 24 penguatkuasa JPJ berjawatan daripada Gred 19 hingga Gred 32 itu adalah sebahagian daripada 75 pegawai agensi itu yang dipantau SPRM ketika ini.

Selain itu, terdapat sekurang-kurangnya 75 pegawai JPJ disyaki menerima rasuah daripada pemilik syarikat lori dengan tangkapan dijangka dibuat dalam operasi seterusnya.

Setiap anggota JPJ terbabit dipercayai menerima bayaran antara RM10,000 hingga RM32,000 secara bulanan sebagai dorongan untuk melindungi pemandu lori lebih muatan dengan tidak mengambil tindakan.

Mereka juga turut dikesan membocorkan maklumat operasi yang akan dan sedang dijalankan JPJ, selain kumpulan lori berkenaan dilindungi menggunakan pelekat khas yang dikatakan hanya dikenali dan difahami penguat kuasa terbabit. -BH-

Check Also

Harimau Jinak Awang Besol Disahkan Mati

Harimau Jinak Awang Besol Disahkan Mati

Harimau Jinak Awang Besol Disahkan Mati. Seekor Harimau Malaya yang gemparkan negara ketika ditemui jinak …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.