Home » BERITA » 29 Pelancong Jerman Maut Kemalangan Bas

29 Pelancong Jerman Maut Kemalangan Bas

29 Pelancong Jerman Maut Kemalangan Bas di Portugal. Semalam admin ada kongsikan kepada anda bahawa seorang pelancong warga Kanada maut semasa bermain flying fox di Thailand. Hari ini kita dikejutkan pula dengan berita kemalangan bas yang menyebabkan ramai pelancong maut.

29 Pelancong Jerman Maut Kemalangan Bas
29 Pelancong Jerman Maut Kemalangan Bas

Sekurang-kurangnya 29 pelancong, sebahagian besarnya warga Jerman terbunuh, manakala 27 lagi cedera, selepas bas yang mereka naiki terbabas di pulau Madeira, di sini, semalam.

Menurut Datuk Bandar Canido, Filipe Sousa, bas yang membawa 55 penumpang dan seorang pemandu pelancong, dilaporkan terbalik di kawasan kediaman di Canico pada jam 6.30 petang (waktu tempatan).

Rakaman video yang disiarkan di televisyen menunjukkan imej bas terbabit di sebuah jalan kecil sambil dikelilingi pasukan penyelamat.

Agensi berita Portugal, Lusa berkata, pemandu bas berkenaan dipercayai gagal mengawal kenderaan itu ketika melalui jalan sempit, mengakibatkan ia terbabas lalu terbalik berhampiran sebuah rumah.

“Saya tidak dapat menggambarkan apa yang berlaku. Saya juga tidak sanggup untuk melihat penderitaan yang ditanggung mangsa,” kata Sousa kepada SIC TV.

Beliau berkata, kesemua penumpang bas itu adalah warga Jerman, tetapi tidak menolak kemungkinan pejalan kaki antara mangsa kejadian berkenaan.

Katanya, kesemua mangsa yang cedera sudah dibawa ke sebuah hospital di Funchal, Madeira.

Sementara itu, pegawai pertahanan am wilayah berkata, mangsa yang terbabit berusia antara 40 hingga 50 tahun.

“Terdapat sebuah lagi bas yang membawa pelancong Jerman dalam kumpulan yang sama, tetapi mereka tidak terbabit dalam kemalangan itu,” katanya. – Reuters

Check Also

Lelaki Langgar Syed Danial Didakwa Membunuh

Lelaki Langgar Syed Danial Didakwa Membunuh

Lelaki Langgar Syed Danial Didakwa Membunuh. Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang di sini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.