Home » Uncategorized » 3 Beradik Ditemui Mati Di Kawasan Bendang di Kedah

3 Beradik Ditemui Mati Di Kawasan Bendang di Kedah

Tak tau nak cakap apa bila dengar berita ini dekat TV semalam. 3 beradik ini berumur antara 3 hingga 14 tahun ditemui mati di sekitar kawasan bendang dan tali air di kampung mereka.Untuk berita lanjut jom kita baca berita dari sahabat aku Abg Teror kat bawah ini :

EKSLUSIF! KEJADIAN MENYAYAT HATI 3 BERADIK MATI DIBUNUH | Polis hari ini berkata kematian tiga beradik dari Jalan Datuk Kumbar di sini dipercayai akibat dibunuh.Dua daripada mayat adik-beradik itu iaitu Nur Izzati Husna Rusdi, 12, dan adiknya Puteri Nurul Akma, 3 tahun, ditemui beberapa pemancing ikan di gigi air sungai di Kampung Padang Tani, dekat Alor Semela kira-kira pukul 4 petang tadi.

Sementara kira-kira 3.45 petang semalam, mayat kakak mereka Noor Syafikah Nadia, 14, ditemui oleh orang awam di kawasan bendang di Alor Senibong kira-kira 12 kilometer dari Alor Semela.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim bagaimanapun menolak laporan terdahulu bahawa Noor Syafikah Nadia telah dirogol berdasarkan keadaan mayatnya yang separuh bogel semasa ditemui. Beliau berkata keputusan bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat remaja itu mendapati tidak terdapat kesan rogol.
Walaupun terdapat unsur lemas dari hasil bedah siasat ke atas mayat remaja itu, namun terdapat elemen yang meragukan dan bukannya disebabkan lemas biasa, katanya.

nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;

Beliau berkata bedah siasat ke atas mayat Nur Izzati Husna dan Puteri Nurul Akma akan dibuat secepat mungkin untuk mengetahui punca sebenar kematian mereka. Tiga beradik itu dikatakan keluar dari rumah mereka dengan menaiki motosikal kira-kira pukul 7.30 malam pada Jumaat ke rumah rakan Noor Syafikah Nadi di Kampung Gelam yang berhampiran.

Menurut Ahmad, motosikal tersebut berada dalam keadaan baik dan berkunci di pondok menunggu bas Sekolah Kebangsaan Gelam. Polis turut menemui sehelai seluar berhampiran mayat Nur Izzati Husna yang tidak dapat dipastikan pemiliknya, katanya.

Semoga polis dapat segera menangkap si pelaku yang jelas-jelas tidak berperikemanusiaan nie. Ntah atas sebab apa mereka dibunuh. Wallahualam. Semoga roh ketiga-tiga anak ini akan ditempatkan si syurga.  Insyallah. AL-FATIHAH

SUMBER

Check Also

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan Baru tadi admin kongsikan link live streaming tentang pengumuman …

One comment

  1. hurmmm macam2 laaa sekang neh…risau betul nak keluar…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.