Home » BERITA » 30 Gerai Di Masjid India Musnah Dalam Kebakaran

30 Gerai Di Masjid India Musnah Dalam Kebakaran

30 Gerai Di Masjid India Musnah Dalam Kebakaran kira-kira jam 1.35 pagi tadi. Bulan Ramadan sudah pun sampai ke pertengahan dan sudah pasti umat Islam di negara kita sedang bersedia untuk untuk membeli-belah barang keperluan bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri.

30 Gerai Di Masjid India Musnah Dalam Kebakaran
Bazar Masjid India Yang Terbakar

Namun nasib tidak menyebelahi 30 peniaga apabila gerai perniagaan mereka musnah dalam kebakaran di hadapan Wisma Yakin, Masjid India, di sini, awal hari ini.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur L. Logeswaran berkata pusat gerakan operasi menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada pukul 1.35 pagi dan tiba di tempat kejadian pada pukul 1.45 pagi.

Operasi memadam kebakaran melibatkan anggota dari balai Sentul, Hang Tuah, Titiwangsa serta bantuan dari Pudu.

“Tiga puluh unit gerai yang antaranya menjual pakaian, beg dan kasut terbakar sepenuhnya dan kami dapat padamkan api sepenuhnya pada pukul 2.04 pagi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Gerai-gerai di hadapan Wisma Yakin itu adalah antara yang menjadi tumpuan pengunjung menjelang Aidilfitri bagi membeli barang keperluan untuk sambutan Hari Raya.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat. -Bernama-

Check Also

ILP Miri Catat IPU Bahaya 22 Ogos 2019

ILP Miri Catat IPU Bahaya 22 Ogos 2019

ILP Miri Catat IPU Bahaya 22 Ogos 2019. Iindeks Pencemaran Udara (IPU) di Institut Latihan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.