32 Rahsia Israel Yang Kita Tidak Tahu - Berita Viral Terkini
Home » INFORMASI » 32 Rahsia Israel Yang Kita Tidak Tahu

32 Rahsia Israel Yang Kita Tidak Tahu

32 Rahsia Israel Yang Kita Tidak Tahu

1. Tahukah anda bahawa selain daripada orang Yahudi, dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel?

2. Tahukah anda bahwa setiap warga Yahudi yang ada di seluruh negara di seluruh dunia menjadi warganegara Israel secara automatik? Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negaranya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar Palestin?

3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khusus untuk membezakan mereka antara warga Yahudi dan bukan Yahudi?

4. Tahukah anda bahwa Jurusalem bahagian timur, Tepi Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya Barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan bahagian dari Israel?

5. Tahukah anda bahawa Israel menyalurkan 85% air bersih hanya untuk warga Yahudi dan memberikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel? Secara realiti, Israel menyalurkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk Yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya disalurkan kepada 120 ribu penduduk Palestina di daerah itu?

32 Rahsia Israel Yang Kita Tidak Tahu
32 Rahsia Israel Yang Kita Tidak Tahu

6. Tahukah anda bahawa Amerika menyumbangkan US$5 Billion dari cukai pajaknya setiap tahun kepada Israel?

7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar US$1.8 Billion setiap tahunnya? Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh negara di benua Afrika?

8. Tahukah anda bahawa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar US$4 Billion dari Amerika yang terdiri dari pesawat tempur F 16, Apache dan Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan negara penyokong utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua fasiliti yang diminta Israel untuk menjamin kewujudannya.

9. Tahukah anda bahawa pemerintah Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran peraturan oleh Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.

10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan penyediaan senjata nuklear? Dan menolak pasukan penyiasat PBB untuk memeriksa tempat persembunyian nuklearnya?

11. Tahukah anda bahawa sebelum tertubuhnya negara Israel pada tahun 1948, sudah memiliki kemudahan membuat senjata nuklear?

12. Tahukah anda bahawa Pemerintah Tinggi Israel di Jabatan Perang mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan?

13. Tahukah anda bahawa Israel meletupkan tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika, Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967? Walaupun serangan itu membunuh 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 yang lain, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan tindakan apapun terhadap Israel. Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel salah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh negara Islam?

14. Tahukah anda bahawa Israel merupakan negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?

15. Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menggunakan sistem politik konservatif terhadap identiti warga Yahudi agar kekal menjadi warganegara itu?

16. Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri, Ariel Sharon sebagai ‘tidak bersalah’ dalam kes pembunuhan Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang membunuh lebih dari 1000 orang Palestin yang terdiri daripada kanak-kanak, wanita dan orang tua?

17. Tahukah anda bahawa pada tanggal 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para buruh Palestin yang sedang menunggu buas di sebuah perhentian bas untuk duduk berbaris di atas tanah, setelah itu ia menembak mereka dari jarah setengah meter? Tahu pulakah anda bahawa pemerintah Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel?

18. Tahukah anda bahawa sampai tahun 1988, semua bangunan dan pejabat di Israel hanya boleh menempelkan keterangan mencari kerja dengan perkataan: “kerja kosong hanya untuk warga Yahudi”, “Seorang karyawan dicari, dengan syarat perlu warga Yahudi”?

19. Tahukah anda bahawa Jabatan Luar Negeri Israel membayar 6 perusahaan media Amerika untuk menonjolkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah?

20. Tahukah anda bahawa Sharon mengajak parti radikal Molodeit untuk menjadi pesaing utama dalam kabinetnya? Padahal parti itu berideologi radikal dengan persepsi utama untuk membersihkan Israel dari warga bukan Yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel?

21. Tahukah anda bahwa Perdana Menteri Israel pertama, David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh warga Arab dari Israel?

22. Tahukah anda bahawa Rahib besar di Israel, Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti terbesar ketiga di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk membunuh warga Palestin? Bahkan dia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya Paskah yang lalu dalam wawancaranya di sebuah jaringan radio terbesar di Israel: “Tuhan akan membalas semua kejahatan warga Arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabiskannya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Kerananya dilarang semua warga Yahudi untuk memberikan rasa kasih saying kepada warga Arab, dan wajib bagi setiap Yahudi untuk menembak senjatanya ke arah dada dan kepala setiap warga Arab untuk membunuhnya, kerana mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk”……

23. Tahukah anda bahawa Palestin merupakan penjara terbesar di dunia?

24. Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajah yahudi?

25. Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agung Israel sudah mengeluarkan keputusan melarang penyeksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet (Badan Perisikan Israel) tetap terus menyeksa setiap pejuang Palestin dalam proses pemeriksaannya?

26. Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses pembelajaran dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor?

27. Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin oleh undang-undang antarabangsa yang diterbitkan pada tanggal 10 Disember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin kerana terhalang dengan perjanjian yang ditandatangani pakatan OSLO?

28. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia mengatakan negara-negara arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang negara-negara arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tepi Barat. Tetapi mereka mengatakan bahawa serangannya itu adalah serangan untuk menjaga keamanan dan keselamatan diri?

29. Tahukah anda bahawa Israel sebagai negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan konvensyen Geneva untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga awam Palestin?

30. Tahukah anda bahawa perintah Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon sudah tidak diendahkan lagi oleh tentera Israel? Salah satu contohnya adalah ketika ia melarang askar Israel untuk melakukan genjatan senjata dan dilarang menembak, tetapi askar Israel terus menyerang, menembak orang awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka.

31. Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

32. Tahukah anda bahawa Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela mengatakan bahawa Israel adalah negara rasisme dan apartheid sama seperti keadaan Afrika Selatan?

Macam mana? Banyak kan ketidakadilan dan kekejaman yang terpaksa dihadapi oleh penduduk Palestin kat sana?

p/s: ambil fakta-fakta pasal Israel agar kita tahu betapa teruknya dan dendamnya mereka dengan orang Islam..

sumber : http://drysheet.blogspot.com/

Check Also

Kalendar 2021 Termasuk Tarikh Gaji Penjawat Awam

Kalendar 2021 Termasuk Tarikh Gaji Penjawat Awam. Berikut admin kongsikan kepada anda Kalendar 2021 milik …

19 comments

  1. akhirat nanti. tiada siapa akan terlepas dari dihitung. yang jahat, kejam dan zalim ketawa la kau puas2 selagi masih mampu…dunia hanya sementara…

  2. baru tau semua ni,thankz a lot utk prkongsian ni. Israel kejam ..

  3. baru saya tawu . israel kejam !

  4. byk bnd yang saya tak tau,akhirny tau bila baca entry ni.thnks for sharing…

  5. Bru tw suma ni…ermm…xtw nk ckp pe…sdgkn org kta xbnyk pn ada ksdran untk mndoakn umat islam d sna ermmm…insyaALLAH suma akan pulih dan dilindungi Allah s.w.t

  6. nice sharing abg phat ?
    smga org ramai amek cakna pasal nie..

  7. Ya Allah..lagi sedih..dipinggirkan macam tu jer..(!____!)..TQ sharing Abang Phat..At least kita tau apakah yang israel buat sebenarnya..!!..

  8. semua ni dah tertulis dalam Al-Quran. saat2 kewujudan dajal.. dan saat berlakunya kiamat.. antara salah satunya, negara islam akan menjadi satu… itu bermakna islam akan bersatu untuk menentang tentera2 dajal iaitu israel.. persoalannya, adakah masa itu hampir tiba atau telahpun tiba.. jika berlaku kebangkitan dan penyatuan umat islam seluruh dunia, itu bermakna.. kiamat sudah pun tiba.. sama2 kita doakan agar umat islam akan bersatu dan berjuang menentang yahudi laknat ini… dan… bersedialah untuk kita hadapi kiamat…

  9. Thanks share abg phat.. sesungguhnya Israel mmg kejam. Kesian umat islam di sana. Mereka telah ditindas. Sedih sgt3.

    Satu hari nnti semua negara islam akan bersatu. kiamat menghampiri.. InsyaAllah masa nya akan tiba. Maka hancur la Israel!

  10. thanks for sharing bro……kekejaman israel amat terbukti…harap sangat semua umat islam bersatu….terutama liga arab yg berhampiran……. hentikan peperangan……
    hancurkan israel laknat tu…..

  11. wa taw semua bila ang kasi taw..bhaha

  12. wa taw semua bila ang kasi taw..bhaha

  13. Fakta yg bagus.. Tp kenapa ada tanda ?. Adakah si penulis x pasti dgn fakta tersebut?.

  14. Zionis kejammm

    Salam perkenalan jom join Give Away dot my 10 domain bakal diberikan free.. Simple and easy give away ?

    http://www.khairul-zamri.com/2012/11/give-away-dot-my.html

  15. Fakta yg ramai org x tahu.
    TQ Phat sbb share ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.