Home » BERITA » 4 Maut Kebakaran Di Kompleks Bersepadu Pengerang

4 Maut Kebakaran Di Kompleks Bersepadu Pengerang

4 Maut Kebakaran Di Kompleks Bersepadu Pengerang Johor. 15 Mac 2020 kira-kira jam 10.50 malam telah berlaku kejadian kebakaran dan letupan di Kompleks Bersepadu Pengerang, Kota Tinggi Johor.

4 Maut Kebakaran Di Kompleks Bersepadu Pengerang
4 Maut Kebakaran Di Kompleks Bersepadu Pengerang

Kejadian ini menyebabkan empat mangsa maut dan seorang lagi parah serta seorang dilaporkan masih hilang dan sedang dikesan, manakala seorang lagi berjaya menyelamatkan diri.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pauzan Ahmad, berkata mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru untuk rawatan susulan.

“Terdapat tujuh mangsa, iaitu empat rentung yang dikeluarkan anggota JBPM, seorang melecur 70 peratus dikeluarkan Pasukan Tindakan Kecemasan (Emergency Response Team), seorang mangsa berjaya menyelamatkan diri, manakala seorang lagi masih hilang,” katanya.-BH Online-

Check Also

24 Doktor Maut Akibat Covid 19 di Indonesia

24 Doktor Maut Akibat Covid 19 di Indonesia

24 Doktor Maut Akibat Covid 19 di Indonesia. Satu berita yang benar-benar meruntun jiwa kita. …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.