Home » BERITA » 4 Remaja Hilang Ditemui Maut Dalam Sungai

4 Remaja Hilang Ditemui Maut Dalam Sungai

4 Remaja Hilang Ditemui Maut Dalam Sungai
4 Remaja Hilang Ditemui Maut Dalam Sungai

Akhirnya semua persoalan berkenaan empat sahabat dari Johor yang pergi bercuti ke Terengganu dikatakan hilang dari 10 Feb 2016 lepas telah terjawab. 4 Remaja Hilang Ditemui Maut Dalam Sungai di KM50 Jalan Kota Tinggi -Mersing. Mari kita sedekahkan Al-Fatihah untuk semua mangsa dan takziah diucapkan kepada semua keluarga mangsa.

Menurut laporan FB DTR Traffic Report Hasil maklumat orang awam, sebuah kereta jenis honda bernombor pendaftaran JEB9978 telah dijumpai terbabas ke sungai di km 42, jalan tenggaroh – mersing, Mersing. Semasa dijumpai kesemua mangsa 4 lelaki Melayu meninggal dunia danĀ  berada didalam kereta tersebut. Sehingga kini kerja-kerja menarik keluar kereta dari sungai tersebut sedang dijalankan.

Admin kongsikan beberapa gambar ketika kerja-kerja menarik keluar kenderaan tersebut dari dalam sungai. Gambar adalah hak milik DAily TRaffic REport official FB page.

 

Check Also

Anak Tikam Ibu Sampai Mati

Anak Tikam Ibu Sampai Mati Di Kuantan

Anak Tikam Ibu Sampai Mati Di Kuantan. Pasti kita semua terkejut dengan tajuk berita ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.