Program i-Sinar pengeluaran wang dari akaun 1 KWSP RM10,000. Program i-Sinar pengeluaran wang dari akaun 1 KWSP kini dibuka kepada SEMUA ahli yang menghadapi masalah kewangan.Sekarang 8 juta ahli KWSP layak untuk mengeluarkan sehingga RM10,000 seperti dituntut YB Pekan, YB Bagan Datuk dan ahli-ahli MP BN.
Kerajaan mengumumkan Program i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diperluaskan kepada semua ahli yang menghadapi masalah kewangan.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, seramai lapan juta pencarum KWSP layak untuk mengeluarkan wang mereka sehingga RM10,000.
“Saya dengar kesusahan rakyat di media sosial termasuk tuntutan semua Yang Berhormat, sukacita dimaklumkan Program i-Sinar diperluaskan kepada ahli terjejas pendapatan tidak kira hilang pekerjaan atau terkurang pendapatan.
“Mereka layak memohon pengeluaran tanpa mengira sektor,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 peringkat dasar di Dewan Rakyat, hari ini.
Katanya, had pengeluaran i-Sinar juga dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM10,000 membabitkan peruntukan RM70 bilion. -Metro Online-
Maklumat lanjut boleh rujuk lawan sesawang KWSP