Pulangan Tanam Ganja Rm9 Juta Setahun - Berita Viral Terkini
Home » BERITA » Pulangan Tanam Ganja RM9 Juta Setahun

Pulangan Tanam Ganja RM9 Juta Setahun

Pulangan Tanam Ganja RM9 Juta Setahun. Kerajaan Selangor dicadang mempertimbangkan untuk melaksanakan penanaman ganja bagi tujuan perubatan di negeri itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd Shaid Rosli berkata, ia tidak mustahil mengikut Akta Dadah Merbahaya 1952 yang menyatakan bahawa mana-mana jabatan kerajaan boleh membuat penanaman ganja bagi tujuan perubatan.

Pulangan Tanam Ganja RM9 Juta Setahun

Jelasnya, satu kajian tentang penanaman itu juga sudah dilaksanakan Pengarah Pusat Racun Negara Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Dr Mohamed Isa Abd Majid.

“Kajian itu adalah dengan kerjasama sebuah syarikat tempatan dalam usaha menjadikan industri ini sebagai tanaman komersil untuk tujuan penyelidikan perubatan serta eksport.
“Paling penting kajian ini dibolehkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Selangor.

“Kerajaan negeri selepas ini boleh memberi kerjasama untuk berbincang mengenai penanaman, pemprosesan serta pengeksportan ganja yang dapat memberi pulangan lumayan,” katanya semasa dihubungi Astro AWANI di sini, pada Rabu.

Beliau berkata, cadangan itu sudah dibaca ketika membahaskan ucapan junjung kasih atas titah Sultan Selangor semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), pada Rabu.

Katanya, penanaman ganja dapat memberi pulangan besar iaitu sekitar RM9 juta setahun bagi keluasan tanah satu ekar meliputi tiga kali proses penuaian.

“Jelas jumlah ini melebihi pulangan tanaman sawit yang hanya memperoleh sekitar RM3,000 bagi tanaman berkeluasan satu ekar.

“Kita lihat sekiranya Selangor dapat mengusahakan lebih daripada 100 ekar, negeri ini akan jadi pengeluar terbesar ganja dunia yang turut memberi pulangan lumayan,” jelasnya.

Ujarnya, lokasi penanaman dan pemprosesan juga harus dilaksanakan di satu kawasan dan ia hanya boleh diakses oleh pihak tertentu sahaja.

“Pelaksanaan ini juga akan memberi peluang pekerjaan kepada orang ramai khususnya rakyat di negeri ini.

“Jangan risau mengenai pasaran gelap dan sebagainya kerana kita perlu ketatkan sistem agar tidak berlaku ketirisan serta penagihan di kalangan masyarakat,” katanya. – AWANI –

Check Also

 

Live Streaming Pengumuman Khas Perdana Menteri Pakej Bantuan Khas

Live Streaming Pengumuman Khas Perdana Menteri Pakej Bantuan Khas 18 Januari 2021. Jom semua kita …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.