Hari ini admin ingin kongsikan Resipi Kuih Keria Gula Melaka yang viral dan menjadi kegilaan orang ramai apabila ke Melaka. Admin kongsikan Resipi Kuih Keria Gula Melaka ini yang dikongsikan oleh Chef terkenal alam maya yang merupakan sahabat maya admin iaitu Che Mat pemilik blog DAPUR TANPA SEMPADAN.
Jadi korang boleh cuba sendiri di rumah untuk Resipi Kuih Keria Gula Melaka yang sedap ini tanpa perlu pergi beratur panjang di Melaka tersebut. Jom kita lihat Resipi Kuih Keria Gula Melaka dan cara membuat Keria Gula Melaka ini.
BAHAN – BAHANNYA :
800+ gram keledek kaler oren yang telah dikupas kulitnya
1 camca teh garam
3/4 cawan tepung gandum
1 camca teh penuh baking powder (serbuk penaik)
3/4 cawan gula melaka, dihiris
1 – 2 camca besar gula pasir
1/4 cawan air
CARA MEMBUATNYA :
Keledek dipotong kiub besar2 dan rebus hingga empuk, jangan lupa masukkan garam. Kemudian toskan dan lecek hingga halus. Biarkan sekejap hingga suam. Gaul tepung dengan baking powder dan masukkan ke dalam keledek yang telah dilecek tadi. Gaul hingga sebati dan menjadi adunan yang lembut tapi tidak melekit. Ketepikan sebentar.
Sediakan dulang, alas dengan plastik bersih atau boleh taburkan sedikit tepung. Ambil sedikit aduan tadi (anggaran 1 camca besar penuh), bulat2kan dan tekan sedikit biar leper. Cucuk bahagian tengahnya dengan jari untuk menghasilkan lubang, kemaskan dan taruk atas dulang tadi. Sapu sedikit tepung pada tapak tangan jika adunan melekat. Buat hingga siap.
Panaskan minyak untuk goreng terendam kemudian goreng kuih keria tadi hingga kuning keemasan, balik2kan agar masak sekata. Angkat, toskan minyaknya. Buat hingga siap.
Dalam kuali yang sama, keluarkan minyak. Kemudian masukkan gula melaka, gula pasir dan air. Kacau dan masak dengan api sederhana hingga gula larut. Terus memasak hingga gula mula berbuih dan pekat (bila anda angkat sudip, kelihatan gula seakan2 bertali). Masukkan kuih keria tadi dan gaul rata (masa ni kuih keria akan melekat2, tapi takpe, terus kacau perlahan hingga semua bahagian kuih keria bersalut gula). Masak sekejap lagi dengan api kecil hingga kuih keria kering. Matikan api dan alihkan kuih ke dalam loyang. Pisah2kan kuih tadi dan biar hingga sejuk.. Boleh hidangkan…Selamat mencuba!
Terima kasih Che Mat kebabom sangat resipi ni. Jangan lupa singgah blog Dapur Tanpa Sempadan tau. Gambar sekadar hiasan dan diambil dari google images.