Ribut Tropika Pabut Hampiri Terengganu. Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) memberi amaran Ribut Tropika Pabuk kini berada di kedudukan 5.9’U 108.6’T dan dijangka bergerak 15 kmsj ke arah barat.
Keadadan ini boleh menyebabkan hujan lebat dan angin kencang melebihi 50 kmsj dan laut bergelora dengan ketinggian ombak melebihi 3.5 meter di perairan Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Jarak ribut ini dari Bandar Kuala Terengganu adalah 612 km dan Kota Bharu adalah 697 km.
Sehubungan itu, Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Terengganu, Leftenan Kolonel (PA), Che Adam A Rahman, berkata keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada aktiviti pantai dan perkapalan termasuk penangkapan ikan terutama di kawasan pinggir pantai laut terbuka di Laut Cina Selatan.
Katanya, beliau yang berada di Sungai Kerak, disini, pagi ini memberitahu, cuaca mendung dengan ombak kuat serta pinggir sungai berangin.
“Orang ramai dan komuniti yang berada berhampiran pantai terutama di sebahagian Utara Terengganu dan Kelantan supaya meningkatkan waspada dan mengambil cakna dengan maklumat semasa mengenai perkembangan cuaca yang diuar-uarkan oleh pihak media serta keselamatan.
“Jika berlaku hujan lebat atau banjir, bolehlah segera berpindah ke kawasan selamat yang disediakan dan dikenalpasti oleh Sekretariat Bencana Banjir Negeri, daerah dan juga pejabat daerah masing-masing, “katanya. -SUMBER-