Saluran ASTRO Percuma Untuk Pelanggan setia saluran televisyen satelit nombor satu Malaysia ini. Ini memetik satu laporan yang dikeluarkan oleh pihak Astro Awani malam semalam. Saluran ASTRO Percuma Untuk Pelanggan ini akan memberikan semua saluran percuma, selain saluran sukan premium dan Pay per View di Astro dan Astro Go, kepada pelanggannya bermula 3-19 November ini. Ini bermaksud Astro buka semua siaran, kecuali perkhidmatan Astro First, Astro Best dan Astro Box Office Sports)
Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) memberikan hadiah kepada semua pelanggan mereka kerana kemenangan Astro dalam kategori Media dan Rangkaian pada Anugerah Putra Brand 2017 yang berlangsung malam ini. Ini adalah kali ke lapan Astro memenangi anugerah jenama terbaik untuk kategori yang sama.
Menurut Ketua Pegawai Digital dan Pemasaran Astro, Ridhuan Sidek anugerah itu akan meningkatkan lagi komitmen Astro untuk memberikan kandungan terbaik kepada pelanggannya. Tambahnya, Astro akan meneruskan transformasi yang dilakukan dan menjadikan kepuasan pelanggan sebagai sasaran utamanya bergerak ke hadapan.
Anugerah tersebut disampaikan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, dan turut dihadiri tokoh perniagaan, pemasaran dan pengiklanan dari jenama terbaik Malaysia. Anugerah Putra Brand 2017 merupakan anugerah yang mengiktiraf jenama terkemuka di Malaysia dan dianjurkan oleh Persatuan Ejen-ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As).
Ia mengukur jenama menerusi faktor termasuk keinginan pengguna untuk membeli produk dan perkhidmatan serta rekomendasi kepada rakan dan keluarga. Pemenang dipilih berdasarkan tinjauan yang dilakukan ke atas 6,000 pengguna di Malaysia. -SUMBER-