Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2018. Seperti yang semua ketahui bahawa selepas pilihanraya umum ke 14 yang telah dijalankan oleh pihak SPR pada 9 Mei 2018 yang lepas menyaksikan satu sejarah baru Malaysia telah tercipta. Malaysia untuk pertama kalinya mendapat tampuk pemerintahan baru iaitu daripada parti Pakatan Harapan. Pakatan Harapan memecah monopoli parti Barisan Nasional yang telah lebih 60 tahun memerintah Malaysia.
Oleh hal yang demikian, admin ingin berkongsi kepada semua informasi tentang Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2018.
(1) YAB TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Perdana Menteri
(2) YAB DATUK SERI DR. WAN AZIZAH BINTI WAN ISMAIL
Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga
(3) YB TAN SRI HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD. YASSIN
Menteri Dalam Negeri
(4) YB TUAN LIM GUAN ENG
Menteri Kewangan
(5) YB TUAN HAJI MOHAMAD BIN SABU
Menteri Pertahanan
(6) YB DR. MASZLEE BIN MALIK
Menteri Pendidikan
(7) YB PUAN RINA BINTI MOHD HARUN
Menteri Pembangunan Luar Bandar
(8) YB DATO’ SERI MOHAMED AZMIN BIN ALI
Menteri Hal Ehwal Ekonomi
(9) YB PUAN ZURAIDA BINTI KAMARUDDIN
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
(10) YB TUAN ANTHONY LOKE SIEW FOOK
Menteri Pengangkutan
(11) YB TUAN GOBIND SINGH DEO
Menteri Komunikasi dan Multimedia
(12) YB TUAN M. KULASEGARAN A/L V. MURUGESON
Menteri Tenaga Manusia
(13) YB TUAN SALAHUDDIN BIN HAJI AYUB
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
(14) YB DR. HAJI DZULKEFLY BIN AHMAD
Menteri Kesihatan
Bilangan Anggota Jemaah Menteri: 14
Tarikh kemaskini: 22 Mei 2018
Jemaah menteri bagi lain-lain Kementerian akan diumumkan dari semasa ke semasa.
Mengimbas sedikit apakah itu Kabinet. Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan ditubuhkan pada September 1957 dengan nama asalnya Cabinet. Ia merupakan salah satu Bahagian yang terawal diwujudkan dengan tertubuhnya Jabatan Perdana Menteri. Nama Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan digunakan berkuat kuasa mulai 1 Julai 1995 sehingga kini.