Anak Tikam Ibu Sampai Mati Di Kuantan. Pasti kita semua terkejut dengan tajuk berita ini bukan? Tetapi inilah realitinya. Bukan berlaku di luar negara sebaliknya berlaku di negara kita sendiri.
Kejadian ini berlaku di Kuantan, Pahang. Menurut laporan awal daripada Metro Online menyatakan dan melaporkan bahawa seorang wanita telah maut ditikam oleh anaknya dalam kejadian amuk di Taman Impian, Kuantan, hari ini.
Dalam kejadian 10.30 pagi itu, dua lagi individu dilaporkan parah.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohammad Noor Yusuf Ali berkata, suspek yang berusia 38 tahun dikatakan menikam ibunya, 62, di rumah mereka.
Suspek dipercayai ditahan orang awam sebelum diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut. -Sumber-