Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) atau Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) adalah satu produk khusus yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu golongan pertengahan memiliki rumah idaman. Kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM200 juta sebagai sumbangan bayaran deposit bagi pembelian rumah pertama oleh satu isi rumah. Selaras dengan objektif Dasar Perumahan Negara untuk meningkatkan keupayaan dan aksesibiliti rakyat memiliki rumah, Skim MyDeposit ini dilancarkan oleh Kerajaan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Permohonan Skim MyDeposit ini telah dibuka secara rasmi pada 6 April 2016. Skim ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan pemilikan rumah oleh rakyat Malaysia.
SYARAT DAN KELAYAKAN PERMOHONAN MyDeposit
KPKT akan melaksanakan penapisan pemilihan permohonan yang diterima berdasarkan kelayakan berikut :
Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 21 tahun ketika permohonan dibuat dan tiada umur maksima ditetapkan
Permohonan ini adalah bagi tujuan pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah
Pendapatan kasar dari RM3,000 sehingga RM10,000. Pendapatan kasar bulanan termasuk semua bentuk ganjaran hasil daripada pekerjaan atau perniagaan (upah, gaji, komisyen, bonus, elaun dan lain-lain)
Pemohon mestilah mempunyai kelayakan untuk membuat pinjaman perumahan dengan mana-mana institusi pembiayaan; dan
Pemohon yang layak akan diberikan kelulusan bersyarat dengan tempoh 30 hari untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli rumah yang hendak dibeli
KRITERIA PEMBELIAN PROJEK PERUMAHAN YANG DIBENARKAN
Pembelian projek perumahan yang dibenarkan dibawah Skim MyDeposit ini adalah seperti berikut :
Projek perumahan baharu yang berlesen atau perumahan pasaran sekunder (subsale)
Harga pembelian adalah RM500,000 dan ke bawah; dan
Kelulusan pembelian bagi projek-projek perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi insentif dana Kerajaan
DOKUMEN SOKONGAN
Senarai dokumen sokongan yang perlu dimuat naik di Sistem MyDeposit :
Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
Salinan surat nikah/sijil nikah (Jika berkenaan)
Salinan kad OKU/surat pengesahan OKU (Jika berkenaan)
Salinan surat akuan sumpah bekerja sendiri
Salinan surat pengesahan majikan
Salinan penyata gaji terbaru
Salinan penyata KWSP atau penyata cukai pendapatan
Salinan surat pencen( Jika berkenaan)
Salinan kad pengenalan/MyKid/sijil kelahiran
Salinan surat tawaran /pengesahan daripada pemaju/penjual
Salinan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat(CCRIS) pemohon dan pasangan
HUBUNGI KAMI
Melalui emel
– Pertanyaan Skim MyDeposit: [email protected]
– Masalah Aplikasi: [email protected]
Permohonan online di SINI.
Nota penting : Permohonan baru Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) masih belum dibuka. Sebarang maklumat lanjut mengenai perkara ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.