Awasi Anak-Anak Kecil Semasa Banjir itulah yang dititahkan oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah supaya semua ibu bapa mengawasi anak mereka dengan lebih teliti sepanjang musim banjir di negeri itu. Baginda bertitah semua ibu bapa perlu mengambil iktibar daripada kejadian lemas pertama di Pahang hari ini, yang meragut nyawa Muhammad Faris Aqeel Mohd Afif, 7, yang lemas di sawah padi Kampung Padang Jaya, Kuantan. Berita lanjut boleh terus baca di SINI.
Jadi kepada semua ibu bapa penjaga yang rumah-rumah anda berdekatan dengan kawasan yang dinaiki air diharapkan memantau aktiviti-aktiviti luar rumah yang dibuat oleh anak-anak anda. Sila pastikan jika mereka ingin melihat air banjir mereka perlulah ditemani oleh anda atau orang yang lebih dewasa.
Kanak-kanak atau anak-anak kecil ini mereka semua belum mengenal apa itu bahaya. Jadi kita yang dewasa inilah yang perlu memantau dan mengawasi mereka setiap masa. Jangan benarkan mereka untuk menjalankan sebarang aktiviti tanpa pengetahuan anda. Semoga kita dan semua ahli keluarga kita sentiasa diberikan perlindungan oleh Nya.
Kami dari team BVT ingin mengucapkan takziah di atas berita sedih yang berlaku di Kuantan tersebut. Semoga seluruh ahli keluarga anak syurga Fariz Aqeel tabah menempuh dugaan ini.