Tesco Malaysia Nafi Sumbang Untung Pada - Berita Viral Terkini
Home » Uncategorized » TESCO Malaysia Nafi Sumbang Untung Pada Israel

TESCO Malaysia Nafi Sumbang Untung Pada Israel

TESCO Malaysia Nafi Sumbang Untung Pada Israel

PETALING JAYA: Tesco Malaysia pada Ahad menolak dakwaan menyalurkan hasil jualan atau keuntungan untuk kempen bersifat politik, keganasan dan penindasan yang berlaku di dunia.

Pengarah Perhubungan Kerajaan dan Hal Ehwal Korporatnya Azlam Shah Alias berkata sebagai syarikat awam dan tidak bersifat politik, Tesco Malaysia mematuhi polisi untuk tidak membuat sebarang sumbangan dan tajaan berbentuk politik.

“Kami menolak sekeras-kerasnya sebarang dakwaan bahawa Tesco menyumbang keuntungannya kepada Israel.

“Sebarang dakwaan berkenaan perkara ini adalah tidak benar sama sekali,” katanya menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan di sini, Ahad.

Kenyataan tersebut dikeluarkan setelah aduan diterima daripada laman-laman sosial yang mengaitkan pusat beli-belah antarabangsa itu dengan krisis di Gaza.

Katanya, Tesco yang dimiliki oleh pemegang saham dari seluruh dunia dan berpengkalan di United Kingdom sentiasa berpegang teguh kepada prinsip perniagaan yang bertanggungjawab dan beretika.

“Sebarang dakwaan yang bertentangan akan dianggap sebagai satu fitnah,” menurut kenyataan tersebut.

Tambahnya, Tesco juga menjadi sebahagian daripada komuniti setempat di Malaysia dengan menawarkan peluang pekerjaan kepada lebih 11,000 rakyat Malaysia dan memberikan layan mesra kepada pelanggan.

“Kami juga mempunyai lebih 3,000 pembekal tempatan termasuk pembekal IKS yang berkerjasama dengan kami dalam membekalkan produk-produk berkualiti pada harga berpatutan.

“Kami juga menyokong program-program yang bermakna bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik, terutamanya dalam musim Ramadan dan Aidilfitri melalui program Kasih Ramadan kami baru-baru ini.” -MStar-

Check Also

Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020  

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020. Segala kemungkinan sama ada Perintah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.