Trend Conteng Uniform Sekolah Popular Sekarang. Itulah yang terjadi sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Apabila hari terakhir persekolahan budak-budak sekolah akan menconteng baju-baju sekolah mereka sebagai kenang-kenangan. Lebih-lebih lagi bagi budak-budak sekolah yang sememangnya tahun tersebut merupakan tahun terakhir bagi mereka sebelum melangkah ke alam yang lebih tinggi iaitu alam universiti atau pekerjaan.
Pastinya ada ekspresi yang ingin ditunjukkan mereka bersama rakan-rakan yang lain. Selalunya trend dan kejadian conteng-menconteng ini akan berlaku pada hari terakhir peperiksaan SPM. Kita masuk sahaja ke akaun instagram sudah pasti banyak gambar budak-budak sekolah yang menconteng uniform putih mereka itu.
Trend ini bagi mereka adalah biasa tetapi bagi golongan ibu bapa pasti mereka ada yang kurang senang dengan perlakuan ini. Ada yang tidak kisah dan ada juga yang kisah. Begitu juga dengan netizen yang lebih senior yang tidak terjebak dengan trend ini sudah pasti mereka juga menganggap Trend Conteng Uniform Sekolah Popular Sekarang ini sebagai “rubbish”.
Bagi admin, selagi anda semua tidak menyusahkan penjaga anda anda buatlah apa pun untuk kepuasan hati anda. Admin kongsikan beberapa gambar yang di ambil dari galeri foto google untuk anda tengok.