Bantuan E-Wallet RM50 Dikreditkan Dalam MySejahtera. Anda sudah muat turun aplikasi MySejahtera ke telefon bimbit anda? Jika belum anda kena buat sekarang.
Bukan hanya RM50 akan dikreditkan kepada akaun MySejahtera anda menerusi e-wallet (e-dompet) bermula Julai tetapi aplikasi ini memang banyak memberi kemudahan kepada kita.
MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.
Aplikasi MySejahtera memberikan kemudahan untuk:
Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID-19.
Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID-19
Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19
Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19
Klik pautan di bawah ini untuk muat turun Aplikasi MySejahtera
<< Download MySejahtera Google Play Store >>
<< Download MySejahtera Apple Store >>
<< Download MySejahtera Huawei App Gallery >>