Wabak Covid 19 Malaysia Catat Kematian Ke 16 - Berita Viral Terkini
Home » BERITA » Wabak Covid 19 Malaysia Catat Kematian Ke 16

Wabak Covid 19 Malaysia Catat Kematian Ke 16

Wabak Covid 19 Malaysia Catat Kematian Ke 16. Kemaskini sehingga pagi 25 Mac 2020. Jadi kepada semua rakyat Malaysia teruskan untuk #stayathome di hari kelapan kita semua dalam Perintah Kawalan Pergerakan.

Wabak Covid 19 Malaysia Catat Kematian Ke 16
Wabak Covid 19 Malaysia Catat Kematian Ke 16

Keluar rumah apabila ada keperluan mendesak dan sentiasa jarak selamat antara individu lain iaitu jarak 1 meter.

Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat satu (1) lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan.

Pelaporan terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 16 orang setakat ini.

Kes kematian ke-16 (kes ke-1334) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 75 tahun dengan latarbelakang beberapa penyakit kronik.

Beliau telah mula menunjukkan gejala 5 hari sebelum dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada 16 Mac 2020 dan seterusnya dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020. Kesihatan beliau telah merosot lalu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk bantuan pernafasan dan disahkan positif COVID-19 pada 21 Mac 2020. Namun, beliau telah disahkan meninggal dunia pada 24 Mac 2020 jam 7.40 malam. Punca jangkitan COVID-19 beliau masih dalam siasatan.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit.

Sebelum itu, KP Kesihatan ada mengumumkan kematian ke 15 di Malaysia iaitu

Dukacita dimaklumkan terdapat satu (1) kematian baru dilaporkan ke CPRC Kebangsaan, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 15 kes.

Kes kematian ke-15 ini merupakan kes ke-1519, lelaki warganegara Malaysia berumur 71 tahun berasal dari Melaka. Beliau disyaki mempunyai kontak dengan kes positif COVID19 (kes ke-703, yang telah menghadiri perjumpaan tabligh di Masjid Seri Petaling). Beliau mempunyai sejarah penyakit kronik dan telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar mulai 18 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 5.35 pagi, 24 Mac 2020.

KKM ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan

Check Also

 

Live Streaming Perutusan Khas YAB Perdana Menteri 15 September 2020

Live Streaming Perutusan Khas YAB Perdana Menteri 15 September 2020. Jangan lupa untuk saksikan perutusan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.