Wang Kertas Baru Sempena Tahun Baru Cina. Sempena perayaan Tahun Baru Cina, Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) menyediakan wang baharu dan berkualiti di semua cawangan bank ahli.
ABM berkata, penggunaan wang berkualiti semasa tempoh perayaan adalah sebahagian daripada inisiatif ‘Go Green’ nasional yang dijuarai oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sejak 2013 dan disokong oleh bank ahli.
Katanya, inisiatif ‘Go Green’ disasarkan untuk menggalakkan kelestarian dan memelihara alam sekitar.
“Sebagai alternatif kepada penggunaan wang tunai/fizikal, orang ramai digalakkan menggunakan angpau elektronik (e-angpau) yang ditawarkan oleh beberapa bank ahli kami.
“E-angpau boleh dihantar dengan mudah kepada yang tersayang sama ada dekat atau jauh menggunakan Internet dan akaun perbankan mudah alih.
“ABM mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada rakyat Malaysia,” katanya. – BH Online-