Zynakal Memang Ada Masalah Mental. Tiba-tiba sahaja nama penyanyi Zynakal menjadi sebutan di media-media sosial. Tapi kenal kah anda dengan Zynakal? Pasti kurang kenal kan?
Tetapi apabila kita sebut sahaja pasal penyanyi yang mencekik pekerja stesen minyak pasti anda ingat? Zynakal adalah artis yang terlibat dengan kejadian tersebut. Tapi disebalik kejadian tersebut tahukah kita apa sebenarnya yang ada dalam diri Zynakal?
Caprice sendiri mengatakan itu bukan Zynakal yang sebenar sebab dia lain sangat. Rupa-rupanya! Zynakal ni ada gangguan mental yang bernama Bipolar Mania dan memang disahkan oleh pihak hospital.
Setelah mahkamah menjatuhkan hukuman denda pada Jumaat lalu, kami pujuk dia untuk ke hospital kerana nampak lain pada dirinya yang menggambarkan itu bukan dia. Awalnya dia menolak, namun akhirnya dia akur. Hasil pemeriksaan doktor mendapati dia menghidap salah satu masalah pada mental dan perlu mendapatkan rawatan segera. Buat masa ini tak dapat dipastikan bila dia akan dibenarkan pulang. Dia masih belum stabil. Kadang-kadang dia okey tapi tiba-tiba boleh berubah menjadi tak okey. Watak dia pelbagai dan kadang-kadang kita tak faham apa yang cuba disampaikan dalam perbualan. Kalau anda kenal dia, anda akan tahu itu bukan dia -SUMBER-