Bekas Presiden Mesir Mohamed Morsi Meninggal dunia. Bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi dilaporkan meninggal dunia dalam mahkamah, kata stesen televisyen awam, hari ini.
Katanya, Morsi dilaporkan pengsan selepas satu sesi mahkamah dan meninggal dunia selepas itu.
Morsi, 67, seorang tokoh tertinggi dalam Ikhwanul Muslimin digulingkan oleh tentera Mesir pada 2013 berikutan tunjuk perasaan membantah pemerintahannya selepas setahun beliau menjadi presiden. – Reuters