Lesen B2 RM100 Dalam Program MyPrihatin JPJ. Prihatin dengan golongan tidak berkemampuan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan pengambilan lesen motosikal kelas B2 pada kadar RM100 menerusi program Myprihatin. Menerusi program Myprihatin, penduduk Malaysia yang berpendapatan isi rumah bulanan kurang RM3,900 (B40) layak mengambil lesen motosikal B2 pada harga RM100 berbanding kadar biasa RM360.
Bagaimanapun, hanya mereka yang berdaftar di bawah program e-KASIH atau menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Baitulmal saja yang layak menerima inisiatif itu.
Syarat-syarat permohonan myPRIHATIN:-
1- Warganegara yang mempunyai kad pengenalan Malaysia (biru)
2- Umur 16 tahun ke atas
3- Miskin bandar yg Isi rumah RM3000 ke bawah
4- Belum pernah memiliki apa-apa kelas lesen memandu
Buat masa ini di laksanakan WP Kuala Lumpur dan masa akan datang akan dibuat 4 bandar besar seperti Pahang, Johor, Perak dan Pulau Pinang. (negeri lain secara berperingkat)
NOTA PENTING : calon yang terpilih adalah yang berdaftar di bawah Program e-KASIH atau mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Penerima bantuan Baitulmal.