Biodata Profil Mat Dan - Berita Viral Terkini
Home » HIBURAN » Biodata Profil Mat Dan

Biodata Profil Mat Dan

Ini ada sedikit Biodata Profil Mat Dan Mat Salleh yang pandai bercakap dalam loghat Terengganu. Beliau telah menetap di Malaysia selama lebih 6 tahun . Beliau yang pada mulanya seorang backpaker merantau keseluruh dunia dan mengambil keputusan untuk merantau di Asia tenggara seperti Thailand, Laos dan akhirnya dia mengambil keputusan untuk tinggal di Pulau Kapas . Selepas beberapa tahun tinggal di Pulau Kapas, Mat Dan telah berjaya bercakap menggunakan loghat tempatan iaitu loghat Terengganu Darul Iman .

Mat Dan sudah mempunyai rancangan televisyen sendiri iaitu Haramain Backpakers yang ditayangkan di Astro . Beliau merantau bersama seorang lagi kawannya ke beberapa negara lain dalam menjejaki sejarah di tempat tersebut. Keunikan mat dan perlu di ambil sebagai kekuatan untuk rakyat malaysia yang berada di luar negara untuk turut sama belajar bahasa pertuturan dan juga memahami budaya tempatan.

Biodata Profil Mat Dan

Nama Asal : Daniel Tayeler ,
Nama Panggilan : Mat Dan .
Asal : England .
Agama : Islam .
Nama Islam : Khareef Daniel Abdullah .
Tarikh Lahir : 1990
Umur : 26 Tahun

  • Nama sebenar Mat Dan ialah Daniel Tyler. Berusia 26 tahun.
  • Bapanya yang merupakan ahli perniagaan bernama Kevin, 53, dan ibu Nicol, juga 53, telah beberapa kali ke Malaysia bagi melawat anak mereka.
  • Daniel Tyler berasal dari Bristol, England. Pertama kali jejak Malaysia pada tahun 2009, ketika berusia 19 tahun selepas menyelesaikan Advanced Subsidiary level.
  • Mengembara ke Asia Tenggara, sehingga akhirnya terpikat dengan keindahan di Pulau Kapas. Beliau sebelum itu mengembara ke Thailand, kemudian Laos sebelum ke Pulau Perhentian, yang akhirnya beliau ambil keputusan untuk menetap di Pulau Kapas selama lebih 6 tahun.
  • Daniel Tyler telah memeluk agama Islam. Beliau tukar nama menjadi Kareef Daniel Abdullah. Sekarang anda tahu daripada mana datangnya Mat Dan (Mat Daniel).
  • Mat Dan merancang untuk berkahwin pada tahun 2016, dan identiti wanita tersebut masih lagi menjadi misteri.
  • Mat Dan juga merancang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Biologi Marin.
  • Sebab utama kenapa Mat Dan menetap di Malaysia adalah disebabkan keramahan dan hospitaliti penduduk negeri Terengganu yang mesra dengannya.
  • Boleh bercakap dan mula fasih berbahasa dialek atau loghat Terengganu selepas 3-4 tahun berada di Terengganu. Kefasihannya disebabkan oleh sifatnya yang mahu berkomunikasi dengan lebih baik dengan penduduk tempatan, kerana rata-rata penduduk tempatan tidak tahu berbahasa Inggeris.
    Dia kini menjadi kurang lancar berbahasa Inggeris apabila telah fasih berbahasa loghat Terengganu. Malah, semasa perkahwinan abangnya di England, semua ahli keluarga terkejut apabila pertuturannya diakhiri dengan perkataan – Lah.
  • Mat Dan sudah ada program TV sendiri iaitu Haramain Backpackers – Trans Siberian. Program ini menceritakan pengalaman realiti bersama seorang lagi rakannya menjelajah ke 11 negara sejauh 29,ooo kilometer.
  • Merupakan kawan dan sahabat kepada PU Amin.
  • Phobia dengan buah Durian selama 2 tahun disebabkan tempoyak yang disangkakan aiskrim. Tetapi sekarang, antara masakan yang disukai ialah Ikan Patin Masak Tempoyak.

Fakta dan isi kandungan posting ini adalah campuran daripada info blog :

http://www.kataubaid.com/2016/08/biodata-mat-dan-mat-salleh-cakap-terengganu.html

&

http://www.hasrulhassan.com/2016/08/siapa-mat-dan-13-fakta-mengenai-lelaki.html

 

Check Also

 

Biodata Profil Hez Hazmi Penyanyi Meletup

Biodata Profil Hez Hazmi Penyanyi Meletup dengan lagu Setiaku pada tahun 2016 dan pada tahun …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *