Cara Daftar Kwsp Ke Simpanan Syaria - Berita Viral Terkini
Home » INFORMASI » Cara Daftar KWSP Ke Simpanan Syariah

Cara Daftar KWSP Ke Simpanan Syariah

Cara Daftar KWSP Ke Simpanan Syariah

Admin ingin kongsikan kepada semua pembaca bagaimanakah Cara Daftar KWSP Ke Simpanan Syariah. Jadi kepada semua pencarum KWSP yang ingin menukar akaun KWSP mereka kepada simpanan patuh syariah anda boleh rujuk info ini. Jangan lupa kongsikan artikel ini kepada semua yang lain. Semoga ianya sedikit sebanyak dapat membantu dan bermanfaat kepada semua.

1. Pendaftaran bermula *Isnin 8/8/16 8:15am* kat semua pejabat/cawangan KWSP.

2. Hanya kena bawak *IC*. Lain dokumen tidak diperlukan.

3. Tuan badan kena *hadir sendiri*, pasal ada *akad* dan turun *cap jari*.

4. Proses *pengeluaran* Simpanan Shariah still *sama* macam Simpanan Konvensional dulu.

5. Walaupun sudah daftar mulai 8/8/16, *tarikh kuatkuasa* Simpanan Shariah hanya akan bermula pada *1/1/17* (tahun depan).

6. Hanya *RM100 billion* dana diperuntukkan untuk Simpanan Shariah tahun *2017*. Pasal tu kena cepat daftar. Kalau dah *habis kuota* RM100 billion nie, kena tunggu peruntukkan dana untuk tahun *2018* pulak.

7. *Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (18 Ogos 2015)* dan *Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS)* telah memutuskan _KWSP *tidak diwajibkan* untuk melakukan penyucian terhadap dividen simpanan semua ahli KWSP yang bersetuju untuk bertukar ke Simpanan Shariah_.

Maknanya, *100%* duit KWSP yang ada sekarang dalam akaun kita, boleh dipindahkan terus ke Simpanan Shariah. Walau bagaimanapun, kalau masih ada yang nak buat “penyucian” dividen, boleh ikut *garis panduan penyucian dividen* yang akan dikeluarkan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS), insya-Allah pada *WorkWeek 32*.

Untuk maklumat lanjut, boleh ke http://www.kwsp.gov.my/shariah/bm/faq.html

Selamat mendaftar

Check Also

Live Streaming Perutusan Khas PM 5 Jun 2020  

Live Streaming Perutusan Khas PM 5 Jun 2020

Live Streaming Perutusan Khas PM 5 Jun 2020. Apakah intipati perutusan YAB Perdana Menteri Malaysia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.