Cara Pengeluaran Asnb Secara Online - Berita Viral Terkini
Home » INFORMASI » Cara Pengeluaran ASNB Secara Online

Cara Pengeluaran ASNB Secara Online

Cara Pengeluaran ASNB Secara Online. Semakin hari semakin banyak kemudahan yang kita perolehi secara dalam talian. Ditambah pula dengan pandemik Covid-19 negara kita telah melaksanakan arahan PKB. Banyak aktiviti ekonomi dihadkan.

Cara Pengeluaran ASNB Secara Online

Namun aktiviti Amanah Saham Bumiputera masih berjalan seperti biasa dan lebih menggalakkan pelanggan untuk melaksanakan transaksi secara dalam talian atau online.

Kemudahan pengeluaran secara dalam talian @ myASNB ini membolehkan pemegang unit mengeluarkan wang pelaburan dari mana-mana unit amanah ASNB menerusi portal dan aplikasi myASNB. Wang akan dipindahkan dari akaun unit amanah ASNB ke akaun bank pemegang unit.

Had maksimum pengeluaran yang dibenarkan ialah RM500 sebulan, terkumpul dari mana-mana akaun unit amanah ASNB pemegang unit. Jumlah minimum untuk sekali pengeluaran ialah RM100. Jumlah transaksi dibenarkan sebanyak 3 kali sebulan. Pemegang unit hanya dibenarkan mengeluarkan wang dari akaun sendiri sahaja.

Caranya mudah sahaja :-

  1. Layari portal MyASNB di https://www.myasnb.com.my/
  2. Log masuk ke akaun anda (masukan ID pengguna dan kata laluan)
  3. Klik pada kolum PORTFOLIO dan anda akan dapat lihat penyata berkaitan akaun ASNB anda
  4. Dihujung penyata tersebut anda klik pada kolum TRANSAKSI
  5. Anda pilih JUALAN BALIK baca arahan, tandakan kotak persetujuan dan klik butang SETERUSNYA
  6. Maklumat bank iaitu Nama Bank, Nombor Akaun Bank, Nombor Kad Pengenalan telah diisi secara automatik mengikut informasi yang diberikan semasa pendaftaran. Anda perlu mengisi Amaun yang anda ingin keluarkan sahaja, tanda pada butang pengesahan dan klik butang SETERUSNYA (syarat rujuk di atas)
  7. Akan keluar satu “pop up” Penting! Jualan balik anda akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda yang didaftarkan dengan ASNB dalam tempoh satu (1) hari bekerja
  8. Anda perlu memohon TAC dan TAC akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang anda daftarkan.
  9. Masukkan nombor TAC tadi dan klik butang SETERUSNYA
  10. Anda akan diberi notifikasi sekiranya transaksi berjaya

Check Also

Live Streaming Perutusan Khas PM 5 Jun 2020  

Live Streaming Perutusan Khas PM 5 Jun 2020

Live Streaming Perutusan Khas PM 5 Jun 2020. Apakah intipati perutusan YAB Perdana Menteri Malaysia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.