Untuk generasi ke enam akhirnya Chevrolet telah memperkenalkan Chevrolet Camaro 2016. Perubahan pada bahagian badan lebih ketara pada Chevrolet Camaro 2016 ini dan lebih banyak penggunaan bahan aluminium. Namun begitu badan kereta ini tetap mantap. Pastinya peminat-peminat model Chevrolet Camaro sebelum ini pastinya teruja dengan kemunculan Chevrolet Camaro 2016 ini.
Bagi semua peminat Chevrolet Camaro 2016 admin paneh ingin kongsikan artikel yang sesuai untuk anda baca yang admin dapatkan dari laman web automotif terkenal di Malaysia iaitu Arena Kereta . Semua gambar yang admin kongsikan begitu juga dengan artikel ini admin ambil dari laman web Arena Kereta.
Bagi versi standard, ia dilengkapi dengan lampu utama dan lampu belakang projektor halogen. Manakala bagi varian RS dan SS pula dipadakan dengan lampu utama projektor HID dengan lampu nyalaan siang LED serta lampu belakang LED.
Rim aloi bersaiz 18-inci yang dibaluti tayar Goodyear Eagle Sport dipadankan buat varian standard, dan tayar Goodyear Eagle F1 Asymmetric 3 dengan rim bersaiz 20-inci pula untuk varian SS.
Gandingan topang multi-link MacPherson baharu di hadapan dan five-link independent bagi bahagian belakang memantapkan lagi sistem suspensi jentera ini.
Menjengah bahagian kabinnya, Camaro 2016 ini mengetengahkan rekaan yang lebih signifikan termasuk menampilkan paparan kluster instrumen definisi-tinggi bersaiz lapan-incu, sistem hiburan MyLink generasi baharu, pencahayaan ambien LED, brek parkir elektrik dan Driver Mode Selector yang menawarkan beberapa mod termasuk Snow/Ice, Tour, Sport dan Track (untuk varian SS sahaja).
Bagi sudut mekanikalnya, Camaro generasi ke-enam ini dipadankan dengan enjin 2.0 liter turbo dengan empat-silinder yang baharu, mampu menghasilkan kuasa sehingga 275 hp dan tork setinggi 400 Nm. Sekali gus membolehkan jentera ini dipacu dari 0-100 km/j dalam hanya kurang enam saat.
Selain itu, ia turut menawarkan pilihan enjin serba baharu iaitu 3.6 liter V6 dengan kuasa 335 hp dan tork 385 Nm dengan padanan kotak gear manual enam-kelajuan atau pilihan automatik Hydra-Matic 8L45 lapan-kelajuan dengan pedal penukar gear.
Bagi Camaro SS pula, ia lebih berkuasa dengan enjin 6.2 liter V8 dengan ledakan 455 hp dan tork 617 Nm yang disalurkan menerusi roda hadapan. Ia turut dipadankan dengan transmisi manual enam-kelajuan yang turut dilengkapi teknologi Active Rev Match atau automatik Hydra-Matic 8L45 lapan-kelajuan dengan pedal penukar gear.
Camaro 2016 ini bakal berada di pasaran dunia pada tahun hadapan dan ia akan diproduksi di kilang pemasangan Lansing, Michigan, USA.