Destinasi Percutian Menarik Di Malaysia Pulau Rawa - Berita Viral Terkini
Home » PELANCONGAN » Destinasi Percutian Menarik Di Malaysia : Pulau Rawa

Destinasi Percutian Menarik Di Malaysia : Pulau Rawa

Destinasi Percutian Menarik Di Malaysia : Pulau Rawa. Untuk edisi Destinasi Percutian Menarik Di Malaysia kali ini editor kami memilih Pulau Rawa, Johor untuk dikongsikan serba sedikit informasi berkaitan pulau tersebut. Jadi untuk itu kepada mereka yang bercadang untuk bercuti ke negeri yang berada di selatan tanah air ini Pulau Rawa adalah salah satu destinasi yang perlu dikunjungi di negeri Johor. Jom kita lihat apa yang menarik di Pulau Rawa. Artikel Destinasi Percutian Menarik Di Malaysia : Pulau Rawa ini adalah diolah daripada artikel milik Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia.

Destinasi Percutian Menarik Di Malaysia : Pulau Rawa
Destinasi Percutian Menarik Di Malaysia : Pulau Rawa

Enam belas kilometer di luar pesisir pantai Mersing ialah Pulau Rawa. Pulau ini terkenal kerana pasir yang memutih, pokok palma yang meninggi dan terumbu karang, berta ikan berwarna neon dan hidupan marin yang eksotik.

Pulau yang sunyi ini hanya mempunyai dua pilihan penginapan. Chalet kayu dibina di kawasan dusun kelapa, yang sesuai dengan reputasi pulau ini sebagai tempat terpencil, sesuai untuk mereka yang mahu lari dari kesibukan bandar.
Panduan Perjalanan

Menaiki Kereta
Dari Bandaraya Johor Bahru, ikut jalan utama Johor Bahru-Kota Tinggi dan teruskan perjalanan melalui jalan utama Kota Tinggi-Mersing (Lebuh Raya 3). Dari Lebuh Raya Utara-Selatan, keluar di persimpangan Ayer Hitam (Pertukaran 244) dan pandu terus ke Kluang dan teruskan perjalanan menggunakan jalan utama Kluang-Jemaluang (Lebuh Raya 50). Selepas melalui Pekan Jemaluang, teruskan perjalanan di jalan utama Kota Tinggi-Mersing, menuju ke arah Mersing. Cari papan tanda yang akan membawa anda ke Jeti Mersing.

Jadi kepada semua yang menggemari percutian ke pulau-pulau, Pulau Rawa adalah salah satu destinasi yang perlu anda lawati. Anda akan dapat menyaksikan panorama yang indah dan sudah pasti ia akan menjadi satu pengalaman yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Selamat bercuti!!!

Check Also

Kula Cakes Kuantan Destinasi Wajib Peminat Kek  

Kula Cakes Kuantan Destinasi Wajib Peminat Kek

Kula Cakes Kuantan Destinasi Wajib Peminat Kek. Kula Cakes adalah salah satu ikon tempat makan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.