Epenjana Rm50 Boleh Ditebus Melalui Touch N Go Grabpay Dan Boost E Wallet - Berita Viral Terkini
Home » BERITA » EPenjana RM50 Boleh Ditebus Melalui Touch n Go Grabpay dan Boost E Wallet

EPenjana RM50 Boleh Ditebus Melalui Touch n Go Grabpay dan Boost E Wallet

EPenjana RM50 Boleh Ditebus Melalui Touch n Go Grabpay dan Boost E Wallet. Tahukah anda bermula 1 Ogos 2020 rakyat Malaysia yang layak boleh menebus ewallet RM50.00.

EPenjana RM50 Boleh Ditebus Melalui Touch n Go Grabpay dan Boost E Wallet
EPenjana RM50 Boleh Ditebus Melalui Touch n Go Grabpay dan Boost E Wallet

Penebusan ini adalah menerusi tiga platform ewallet terbesar di Malaysia iaitu Touch n’ Go eWallet, Grabpay dan Boost. Namun begitu anda semua perlu memuat turun aplikasi MySejahtera dan mendaftar butiran peribadi anda sama seperti dalam kad pengenalan.

Ini akan memudahkan anda untuk menebus RM50 di aplikasi ewallet yang dinyatakan. Jika ada kesilapan dalam pendaftaran anda dalam aplikasi MySejahtera penebusan RM50 anda mungkin ditolak dan perlu permohonan semula dengan mengemaskini kesilapan yang dinyatakan.

Contoh kesilapan yang selalu terjadi adalah data yang dikemaskini dalam MySejahtera tidak sama seperti dalam IC. Jika nama kita dalam IC adalah Azmi bin Mohamad, dalam MySejahtera juga perlu diisi Azmi bin Mohamad, bukannya Azmi Mohamad sahaja. Ini sebagai contoh ya.

Jadi jangan lupa untuk tebus RM50.00 eWallet bantuan dari kerajaan ini. Untuk maklumat berkaitan MySejahtera sila baca di SINI

Check Also

 

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri 4 Februari 2021

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri 4 Februari 2021. Jangan lupa untuk menyaksikan perutusan apakah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.