Hibah Tabung Haji 1.25% Kewangan Berakhir 2018. Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) mengumumkan pemberian kadar agihan hibah sebanyak 1.25 peratus bagi tahun kewangan 2018.
Pengagihan hibah berkenaan melibatkan nilai berjumlah RM913 juta yang akan disalurkan kepada semua pendeposit Tabung Haji. Ia jauh lebih rendah berbanding 6.25% bagi 2017
Jumlah tersebut diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof dalam Majlis Taklimat Prestasi Lembaga Tabung Haji dan Pengumuman Hibah 2018 di Putrajaya, sebentar tadi