IJF Tidak Diiktiraf Oleh DYAM TMJ
Berita IJF Tidak Diiktiraf Oleh DYAM TMJ. Insiden yang berlaku baru-baru ini di Stadium Shah Alam telah dikaitkan dengan “hooligans” iaitu samseng dalam bola sepak. Dikatakan juga yang terbabit dalam insiden tersebut adalah Inter Johor Firm ( IJF ).
Oleh itu, DYAM TMJ telah membuat kenyataan melalui FB JST seperti berikut :
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
KUMPULAN INTER JOHOR FIRMS TIDAK DIIKTIRAF SELAKU WARGA JOHOR KERANA KAMI TIDAK MENERIMA “HOOLIGANS”
Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) telah membuat keputusan untuk mengharamkan seumur hidup kumpulan penyokong yang menamakan diri mereka Inter Johor Firms (IJF) daripada memasuki Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos dan mana-mana stadium yang membabitkan perlawanan dengan pasukan negeri Johor.
PBNJ dengan kerjasama pihak Polis DiRaja Malaysia telah mendapat perkenan daripada DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor untuk menghalang kegiatan kumpulan pelampau yang mencemar imej negeri Johor. DYAM Tunku Mahkota Johor turut bertitah, “Pihak yang bertanggungjawab memberi imej buruk dan memalukan negeri Johor akan ditangani dengan segera kerana kumpulan pelampau seperti ini tidak diiktiraf sebagai warga Johor. Orang-orang seperti ini yang telah memberi nama buruk perlu dikutuk sekeras-kerasnya oleh sekalian rakyat Johor”.
PBNJ mengambil keputusan ini bukan kerana kejadian yang berlaku di Stadium Shah Alam semalam tetapi adalah kerana DYAM Tunku Mahkota Johor merangkap Presiden PBNJ mengutuk sekeras-kerasnya mana mana organisasi yang mengamalkan ideologi ‘Hooligan’ dalam menyatakan sokongan mereka terhadap pasukan.