Berita baik kepada semua pencari kerja terutama mereka yang tinggal di Lembah Klang. Terdapat Iklan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kajang yang ditawarkan untuk anda semua. Senarai Iklan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kajang tersebut adalah seperti yang tertera di bawah ini. Sepuluh jawatan kosong pelbagai gred ditawarkan untuk anda semua.
Arkitek Landskap J41
Penolong Akauntan W29
Pembantu Tadbir Kewangan W19
Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi N19
Pembantu Penguatkuasa KP19
Pembantu Kemahiran H19
Pengawal Keselamatan KP11
Pembantu Operasi N11
Pemandu Kenderaan H11
Pembantu Awam H11
Untuk iklan penuh Iklan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kajang ini ada perlu layari link INI dan untuk mendapatkan borang permohonan Iklan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kajang anda boleh muat turun di SINI.
Permohonan hendaklah dialamatkan kepada :
Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Kajang
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
(u/p: Bahagian Sumber Manusia.)
B. TARIKH IKLAN : 15 SEPTEMBER 2017 ( JUMAAT )
C. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 29 SEPTEMBER 2017 ( JUMAAT )
Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah ditubuhkan secara rasminya pada 1hb. Januari 1997. Sebelum dinaiktaraf Perbandaran, MPKj dikenali sebagai Majlis Daerah Hulu Langat yang mana ianya telah beroperasi sejak 1hb. Januari 1986 di bawah Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976. Kawasan pentadbirannya meliputi Mukim Kajang, Mukim Cheras, Mukim Semenyih , Mukim Beranang & Mukim Hulu Langat.
Rasionalnya, penubuhan MPKj adalah sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang dinamik di mana dapat merancang dan membangunkan kawasan Kajang secara pesat & teratur. Ia berikutan pertambahan penduduk di Mukim Kajang yang semakin pesat dari tahun ke tahun. Selain itu penubuhan MPKj bersesuaian kerana semakin banyak pembukaan kawasan-kawasan perumahan & pembangunan projek mega di sekitar kawasan pentadbiran MPKj.
Majlis Perbandaran Kajang kini mempunyai beberapa rangkaian pejabat-pejabat kecil / pejabat cawangan iaitu di Bandar Tun Hussein Onn Cheras dan Hentian Kajang Jalan Reko. Keluasan kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang adalah seluas 78,761 hektar (787.61 km persegi).
Majlis Perbandaran Kajang sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), sentiasa berusaha mensejahterakan hubungan dengan Kerajaan Pusat & Kerajaan Negeri. Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan adalah pemegang berkepentingan yang menyusun dasar-dasar yang merangkumi pelbagai aspek perancangan, pembangunan dan pengurusan untuk digunapakai oleh PBT seluruh negara termasuk MPKj.
MPKj dan Bandar Kajang memiliki beberapa keunikan serta faktor pembeza. Sate Kajang adalah jenama komersial di seluruh negara dan juga luar negara. Dari segi geografinya, Kawasan MPKj disempadani Kuala Lumpur yang merupakan pusat perdagangan Malaysia dan Putrajaya yang merupakan pusat pentadbiran negara. Selain itu, MPKj dikelilingi oleh 3 Negeri di semenanjung iaitu Pahang Darul Makmur, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan Darul Khusus. Kawasan MPKj juga beruntung kerana di dalamnya terdapat pelbagai Institut Pengajian Tinggi yang menjadikannya berpotensi tinggi sebagai Bandar Keilmuan yang memberi manfaat kepada warganya.