Informasi Lengkap Berkaitan Rumah PR1MA bermula daripada pengenalan, kelayakan untuk memohon rumah PR1MA, cara untuk memohon rumah PR1MA dan projek-projek PR1MA yang sedang dijalankan serta pelbagai maklumat lengkap berkaitan Perumahan Rakyat 1 Malaysia atau PR1MA ini. Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana.
Kediaman PR1MA yang terletak di dalam kawasan berkomuniti mempunyai pelbagai jenis dan saiz. Dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000, anda kini mampu memiliki kediaman di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh negara. Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM15,000.
Kelayakan untuk memohon rumah PR1MA :
1. Warganegara Malaysia
2. Bujang atau berkahwin 21 tahun ke atas
3. Pendapatan isi rumah individu/suami isteri RM2,500.00 – RM15,000.00
4. Kediaman PR1MA hanya boleh dibeli sebagai kediaman pertama/kedua sahaja
Untuk mendapatkan atau memohon rumah PR1MA ini anda yang berminat perlu tahu langkah-langkah yang berkaitan. Ada lapan (8) langkah kesemuanya.
1. Pendaftaran
2. Pelancaran
3. Permohonan
4. Pengundian
5. Pemilihan Unit
6. Pembiayaan
7. Perjanjian jual beli
8. Penyerahan pemilikan kosong
Maklumat lengkap berkaitan 8 langkah ini anda boleh dapatkan di pautan INI
Untuk mengetahui secara terperinci berkaitan dengan CARA MOHON RUMAH PR1MA anda boleh terus ke pautan INI. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua pembaca. Jangan lupa untuk kongsikan kepada semua rakan-rakan atau ahli keluarga yang lain kerana ramai yang terlepas untuk memiliki unit rumah PR1MA ini kerana ketinggalan berkaitan Informasi Lengkap Berkaitan Rumah PR1MA. Ini berlaku terutamanya kepada golongan muda.