Intipati Perutusan Khas PM 7 Jun 2020. YAB Perdana Menteri sebentar tadi mengumumkan bahawa PKPB digantikan kepada PKPP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan bermula 10 Jun 2020 sehingga 31 Ogos 2020.
Ucapan khas PM berkenaan PKP
- PKPB akan digantikan dengan PKPP (Pemulihan) bermula 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020.
- Perjalanan rentas negeri dibenarkan mulai 10 Jun, kecuali melibatkan kawasan PKPD
- Hampir semua aktiviti sosial, pendidikan, keagamaan akan beroperasi secara berperingkat dan mesti mematuhi SOP.
- Aktiviti komersial bukan dalam premis niaga dibenarkan (dobi, shooting drama dsb)
- Aktiviti sukan dan rekreasi dibenarkan kecuali pertandingan. Renang masih tidak dibenarkan.
- Aktiviti perlancongan domestik dibenarkan
- Sambutan Aidiladha dan ibadah korban akan dibenarkan dan mesti patuh SOP
- Sekolah akan di buka secara berperingkat. KPM akan maklumkan dari semasa ke semasa.
- kelab malam, pusat urut, karaoke, taman tema, kenduri , rumah terbuka … masih dilarang