Isu Ustazah Merangkak Ibu Pelajar Mohon Maaf. Semalam admin ada melaporkan satu berita di mana seorang ibu kepada pelajar tidak berpuas hati kepada seorang ustazah yang mendenda anaknya di dalam kelas.
Ibu tersebut telah pergi berjumpa ustazah dan menyuruh ustazah tersebut melakukan seperti yang dibuat kepada anaknya iaitu merangkak di dalam kelas. Kejadian itu dirakam dan viral seterusnya mendapat kecaman netizen.
Tapi semua telah selesai selepas ibu kepada pelajar tersebut tampil berjumpa ustazah berkenaan dan memohon maaf atas tindakan yang dibuat sebelum ini.
“Kes video viral ‘ustazah merangkak’ yang berlakui di Madrasah Ad-Diniah Islamiah, Bagan Datuk kini berakhir dengan perjumpaan ibu murid dan ustazah sekolah tersebut.
“Permohonan maaf telah dibuat dan mohon video kejadian tersebut tidak diviralkan bagi kebaikan kedua belah pihak.
“Semoga kejadian ini menjadi pengajaran, pedoman serta tauladan kepada pihak ibu bapa murid dan sekolah. Harap maklum,” tulis pengendali akaun Facebook Bagan Datuk Kini.
Beberapa keping foto perjumpaan terbabit turut dikongsikan dalam entri sama.