Perkongsian kepada mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Team PANEH ingin berkongsi kepada anda semua Jawatan Kosong UTHM Universiti Tun Hussien Onn Malaysia. Semua jawatan kosong ini adalah jawatan pentadbiran. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan secara TETAP/ SEMENTARA seperti berikut :-
1.PEGAWAI KEWANGAN W41
2.PUSTAKAWAN S41
3.PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT / SETIAUSAHA PEJABAT N17 / N27
4.PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM) / PENOLONG JURUTERA JA17 / JA29
5.PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) N17
6.PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM S17
7.PEMBANTU KEMAHIRAN H17
8.JURUTEKNIK KOMPUTER FT17
9.PEMBANTU KESELAMATAN KP17
10.PENGAWAL KESELAMATAN KP11
11.PEMBANTU AWAM H11
Tarikh tutup permohonan jawatan adalah pada 9 DISEMBER 2015 jam 3 petang. Untuk maklumat lengkap dan permohonan Jawatan Kosong UTHM secara dalam talian anda semua boleh terus klik pada pautan ini : Jawatan Kosong UTHM. Semoga berjaya kepada semua. Sebelum itu kita lihat dan baca sedikit tentang polisi kualiti UTHM.
Matlamat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ialah untuk menyediakan program akademik berkualiti tinggi berteraskan sains dan teknologi bagi memenuhi atau melampaui kehendak pelanggan melalui kecemerlangan pengurusan organisasi dan pembaikan berterusan. Pihak pengurusan tertinggi dan staf di semua peringkat adalah komited untuk melaksana dan mengekalkan sistem pengurusan berkualiti yang efektif dengan memenuhi keperluan MS ISO 9001 : 2008. Objektif kualiti Universiti diwujud, dilaksana, dipantau dan secara berkala dikaji semula bagi menentukan pencapaian, kesesuaian serta dikemaskinikan sejajar dengan visi dan misi Universiti.