Kadar Bonus Dividen ASB Tahun 2018. Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan ASB termasuk bonus sebanyak 7.00 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.
Pelaburan dalam ASB dan ASN akan ditangguhkan bermula 21 Disember 2018. Urus niaga akan bermula semula pada 2 Januari 2019.
Bagi mengelak kesesakan beratur di kaunter untuk menyemak agihan pendapatan ASB, anda mempunyai pilihan untuk menyemaknya di portal myASNB (www.myasnb.com.my)
Jika belum mendaftar myASNB, daftarlah sekarang untuk kemudahan anda dikemudian hari.
Untuk mendaftar, jangan lupa kemaskini nombor telefon di Cawangan/Ejen ASNB jika anda belum berbuat demikian.
Untuk makluman, semua cawangan ASNB akan beroperasi seperti biasa pada 15 Disember ini dari jam 8.15 pagi-1.00 tengah hari.
Untuk mengira sendiri kadar dividen yang anda perolehi boleh rujuk artikel : INI