7 Tips Penting Keselamatan Jalan Raya Oleh JKJR yang perlu dititikberatkan oleh semua pemandu kenderaan di Malaysia. Tips keselamatan jalan raya ini terpakai kepada semua jenis pemandu kenderaan tidak kira motosikal, kereta, bas, lori dan sebagainya. Sebagai pengguna jalan raya setiap masa kita perlu mengamalkan tips-tips ini. Seperti yang kita semua sedia maklum bahawa setiap hari akan ada sahaja kes-kes kemalangan yang dicatatkan tidak kira kemalangan maut atau pun tidak.
Oleh hal yang demikian, diharap semua pemandu sentiasa mengamalkan 7 Tips Penting Keselamatan Jalan Raya Oleh JKJR ini dan sering bersedia dan berhati-hati semasa pemanduan. Terutama dalam keadaan jalan raya yang tidak selamat seperti sewaktu hujan. Jom kita lihat seterusnya membuat amalan ke atas 7 Tips Penting Keselamatan Jalan Raya Oleh JKJR ini.
1. Pakai tali pinggang keledar setiap masa
2. Pakai dan ikat topi keledar
3. Jangan memandu laju dan awasi had laju
4. Guna laluan pejalan kaki apabila melintas jalan
5. Guna kerusi keselamatan kanak-kanak
6. Jangan guna telefon bimbit semasa memandu
7. Jangan mengekori kenderaan lain terlalu dekat
Jadi kepada semua pembaca Berita Viral Terkini kita tahu yang kemalangan itu tidak berbau tetapi setidak-tidak kita sentiasa boleh mengamalkan tips ini dan sentiasa berhati-hati. Ini boleh mengurangkan risiko kemalangan seterusnya mengurangkan lagi statistik kemalangan di negara kita. Selain daripada itu, kita juga tiada risiko untuk di saman oleh pihak berkuasa seperti PDRM dan JPJ.
Tuan-tuan, puan-puan pasti tidak mahu wang anda melayang begitu sahaja bukan. Sekali anda disaman maksimum denda boleh mencapai ke kadar RM300.oo mengikut kategori kesalahan jalan raya yang dibuat. Selain kita mengurangkan risiko kemalangan kita juga mengurangkan risiko untuk kita semua disaman. Jangan lupa untuk amalkan tips-tips daripada pihak Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR). Renung-renungkanlah dan selamat beramal. Sehingga jumpa lagi. Sebarkan maklumat ini kepada yang lain. Share it!!!