Lelaki Tembak Mati Jiran Curi Guna WIFI tanpa mendapat kebenaran. Pastinya kita terkejut dengan headline berita ini bukan? Tetapi inilah realiti yang berlaku. Tapi ia bukan berlaku di Malaysia tetapi berlaku di luar negara.
WIFI adalah satu benda yang sangat penting pada zaman sekarang. Dengan WIFI kita boleh melayari internet pada bila-bila masa. Tapi tidak semua kediaman mempunyai WIFI bukan?
Jadi memang berlaku bukan sahaja di negara kita tetapi di seluruh dunia iaitu istilah CURI WIFI. Istilah ini lebih kepada pengguna WIFI orang lain tanpa kebenaran. Ia mungkin disebabkan WIFI tersebut tidak mempunyai kata laluan.
Ada juga yang pandai untuk HACK kata lalun WIFI orang lain. Ini memang ternyata mencuri lah kan. Berbalik kepada cerita jiran yang menembak mati jiran tadi ia berlaku di Pakistan.
Seorang lelaki di Pakistan membunuh seorang bapa dan anak lelaki yang tinggal bersebelahan menggunakan Wi-Fi tanpa izinnya. Lelaki yang dinamakan Qasim oleh pihak polis telah ditangkap kerana pembunuhan hari ini, 19 Nov sebagai TV Samaa. Qasim tinggal di Shah Latif Town, Karachi, menurut laporan itu. Rupa-rupanya, pelakunya ditembak Haris, yang merupakan pelajar Universiti Karachi, dan bapanya untuk melepaskan sambungan internetnya. Suspek mengaku jenayahnya kepada polis.
Berita dipetik dari The Star