Live Streaming Malaysia vs Brunei U19 Kelayakan AFC 2020. Pasukan bawah 19 tahun negara akan menentang pasukan Brunei Darussalam dalam perlawanan kedua kempen Kelayakan Piala AFC 2020.
Pada aksi pertama sebelum ini pasukan muda negara berjaya menewaskan pasukan tuan rumah dengan jaringan besar menyaksikan 9 gol dihasilakn oleh kedua-dua pasukan. Pasukan negara menang 5-4 kepada pasukan tuan rumah.
Untuk menyaksikan perlawanan Malaysia U19 vs Brunei U19 anda boleh terus sahaja klik pada pautan di bawah ini :-
Live Youtube Malaysia vs Brunei
Berita kemenangan 5-4 pasukan muda negara anda boleh dapati di bawah ini.
Anak buah Brad Maloney memulakan kempen Kelayakan Piala AFC Bawah 19 tahun berdepan tuan rumah, Kemboja.
Skuad muda negara beraksi dengan garang di separuh masa pertama. Beberapa percubaan barisan serangan negara dihalang oleh penjaga gol Kemboja. Tetapi pada minit ke-30, anak buah Brad Maloney membuka jaringan menerusi sepakan percuma cantik daripada Shafi Azswad.
Malaysia menggandakan serangan dan berjaya menambah jaringan pada minit ke-40 apabila larian cantik daripada Umar Hakeem berjaya mengucar-ngacirkan pertahanan Kemboja sebelum dia membuat hantaran yang disudahkan oleh Fakrul Iman. Tidak sempat Kemboja menarik nafas, Malaysia terus menambah jaringan pada minit ke-42 apabila pemain pertahanan negara, Azrin Afiq mengambil kesempatan terhadap kesilapan barisan pertahanan lawan untuk menjadikan kedudukan 3-0 di separuh masa pertama.
Tapi, tiada siapa menyangka drama yang akan terjadi di separuh masa kedua. Malaysia terpaksa bermain dengan sembilan orang pemain pada minit ke-57 apabila Ahmad Zikri dan Mukhairi Ajmal dibuang padang. Kemboja menggunakan kesempatan tersebut untuk merapatkan jurang menerusi Met Samel pada minit ke-61 dan Chea Sokmeng pada minit ke-65.
Di saat Kemboja mula mendapat semangat, Malaysia kembali menjarakkan diri menerusi Luqman Hakim dengan satu rembatan padu dari tengah padang pada minit ke-67. Muslihuddin Atiq menjaringkan gol kelima buat Malaysia pada minit ke-74 menerusi satu serangan balas pantas.
Keadaan sedikit menakutkan buat skuad muda negara di hujung perlawanan apabila Kemboja menjaringkan dua gol menerusi Sieng Chanthea (minit ke-77) dan Ly Mael pada minit ke-89. Namun begitu, anak buah Brad Maloney teguh bertahan untuk memastikan mereka memungut tiga mata dengan keputusan 5-4 dalam perlawanan pembukaan ini.
Skuad muda negara seterusnya akan berdepan Brunei pada 6 November nanti. -Sumber-