Melayu Mundur Main Isu Agama Dan Bangsa - Berita Viral Terkini
Home » BERITA » Melayu Mundur Main Isu Agama Dan Bangsa

Melayu Mundur Main Isu Agama Dan Bangsa

Melayu Mundur Main Isu Agama Dan Bangsa. Orang Melayu terus mundur jika isu agama dan bangsa asyik dijadikan agenda perjuangan mereka, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof.

Melayu Mundur Main Isu Agama Dan Bangsa

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), berkata perasaan takut dalam kalangan orang Melayu terhadap kaum dan agama lain adalah sentimen dimainkan UMNO serta Barisan Nasional (BN) sebelum ini, yang tidak sepatutnya masih wujud selepas Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan.

“Orang Melayu dan masyarakat Islam di negara ini tidak sepatutnya takut dengan DAP jika parti itu menang dalam pilihan raya, termasuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

“Jika BN menang… itu isyarat tidak baik kerana isu dimainkan mereka masih isu agama. Mereka akan kata, habislah orang Islam jika DAP menang.

“Akan tetapi, siapa pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH)? DAP ke? Siapa menteri yang jaga agama ?DAP ke ? Tiba-tiba, hari ini mereka (UMNO) nak jadi ‘champion’ (juara) dalam isu ini pula,” katanya ketika berucap dalam ceramah PH di FELDA Sungai Koyan, di sini, malam tadi.

Siri ceramah itu turut dihadiri Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo dan Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Salahuddin Ayub.

Sementara itu, Salahuddin yang Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata kerajaan Pusat kini dalam proses mengenal pasti buah-buahan tempatan yang berkualiti dan boleh dieksport ke luar negara.

“Negeri ini banyak tanah boleh diusahakan dengan pelbagai tanaman (buah-buahan) seperti durian Musang King dan ‘tembikai wangi yang memang mendapat sambutan luar biasa dari negara seperti China dan Kesatuan Eropah,” katanya ketika menyampaikan ceramah pada program sama. -BH Online-

Check Also

Channel Youtube Sugu Pavithra Jadi Ikutan Ramai  

Channel Youtube Sugu Pavithra Jadi Ikutan Ramai

Channel Youtube Sugu Pavithra Jadi Ikutan Ramai rakyat Malaysia terutama rakyat Malaysia yang berbangsa melayu. …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.