Mukhriz Mahathir Kekal Sebagai MB Kedah. YAB Dato’ Seri Utama Mukhriz Mahathir kekal sebagai Menteri Besar Kedah. Menurut laporan media, Sultan Sallehuddin Badlishah iaitu Sultan Kedah, hari ini perkenan Mukhriz Mahathir kekal sebagai menteri besar negeri itu.
Mukhriz berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan dan Bersatu menyatakan sokongan supaya dia kekal sebagai MB Kedah.
Mereka sepakat supaya kerajaan negeri dikekalkan dengan gandingan sedia ada, katanya.
Mukhriz turut mengumumkan bahawa tiada rombakan barisan exco bagi kerajaan negeri Kedah.
Kedah mempunyai 36 kerusi Dewan Undangan Negeri dengan PAS mempunyai 15 kerusi, Bersatu (enam), PKR (tujuh), Amanah (empat), UMNO (dua) dan DAP (dua). -Metro Online-