Home » HIBURAN » Abam Bocey Meninggal Dunia

Abam Bocey Meninggal Dunia

Abam Bocey Meninggal Dunia. Berita yang agak menyedihkan bagi dunia hiburan negara pada hari ini.

Abam Bocey Meninggal Dunia

Pelawak Abam dari kumpulan Bocey telah menghembuskan nafas yang terakhir pagi tadi.

Berita mengejutkan tersebut dimaklumkan kepada Gempak oleh Ali, iaitu adik kepada Abam.

“Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri.

“Saya bergegas kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas,” katanya gagal mengawal emosi.

Sementara isteri Abam, Nor Hidayah turut mengesahkan perkara tersebut.

Hidayah memberitahu Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.

“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.

“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi…pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya menangis teresak-esak.

Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Acey.

Arwah sebelum ini dikatakan menghidap demam panas dalam dua hari kebelakangan ini.

Al Fatihah untuk arwah dan salam takziah buat seluruh ahli keluarga arwah Abam.

Check Also

Tonton Online Filem The Flu

Tonton Online Filem The Flu

Tonton Online Filem The Flu. Live streaming The Flu. Salah satu filem dari Korea Selatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.